Pada ketika ini,semua pelajar IPTA mahupun IPTS sedang sibuk menghadapi final exam.Peperiksaan akhir sebelum melangkah menuju alam pekerjaan.Jika tidak pun,pelajar2 ini seperti biasa meneruskan pelajaran untuk menggenggam segulung ijazah/diploma.Ini tidak dikira lagi bilangan pelajar yang menghadapi tempoh sukar seperti tangguh pengajian,pengulangan subjek yang gagal mahupun cuti belajar.Keadaan mungkin tidak menjadi satu masalah besar bagi mereka yang masih muda.Tetapi bagaimana pula dengan pelajar2 tua/matang ini untuk menamatkan pengajian mereka?
Umum mengetahui,standard bagi seseorang rakyat Malaysia untuk memulakan alam persekolahan adalah pada ketika usia 7 tahun iaitu Darjah Satu.Selama 5 tahun selepas itu,pelajar akan meneruskan sesi pengajian disekolah menengah sehingga usia menginjak 17 tahun.Pada ketika ini,peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianggap penentu masa depan pelajar.Kebiasaannya.mereka yang lulus cemerlang dalam SPM akan melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS yang dipohon.Namun,bagi yang gagal,pelajar akan meneruskan pelajaran ke tingkatan enam.Pada ketika ini,mengikut analisis kajian, apabila pelajar tamat sesi persekolahan,mereka mempunyai pilihan samada melanjutkan pengajian ke IPT atau mencari peluang pekerjaan.Hasil kajian mendapati ramai bekas pelajar memilih untuk menjadi guru disebabkan peluang yang terbuka luas diberikan oleh kerajaan.
Siswazah IPT akan menamatkan pengajian samada diploma atau ijazah secara relatifnya pada usia 22 tahun.Selepas itu,mereka akan memulakan langkah ke alam pekerjaan.Selepas beberapa tahun,mengikut fitrah alam,mereka akan menamatkan zaman bujang dan membina keluarga.
Kita lihat pula senario bagi mereka yang terus bekerja selepas tamat Tingkatan Lima (SPM).Mereka akan mula bekerja,mencari wang untuk kehidupan dan berkahwin.Selepas beberapa tahun,di atas tuntutan semasa dan peningkatan taraf hidup,golongan ini samada bujang atau telah berkahwin mendapati adalah satu kewajaran untuk menyambung pengajian sebagai jaminan untuk kehidupan yang lebih selesa.Mereka ini tiada pilihan lain untuk meningkatkan taraf hidup.Mungkin hanya 5 % sahaja terdiri daripada mereka yang hanya ingin meneruskan niat mereka sambung belajar asalkan dapat menggenggam diploma atau ijazah.
Inilah Student Past-Matang.Bagi yang masih bujang mungkin tidak menghadapi sebarang masalah.Tanya pada hati untuk belajar atau tidak.Jika gagal,mereka boleh mengulang semula.Tapi sampai bila?Aku ada seorang kawan bilamana selepas 2 semester gagal subjek yang sama,semangatnya luntur .Ditambah pula,sibuk dengan tuntutan pekerjaan dan faktor masa,beliau akhirnya tidak menamatkan pengajian.Adakah ini satu pembaziran?Bagaimana pula mereka yang belajar sekerat jalan?
Kita lihat pula contoh lain dimana seorang pelajar yang telah berkahwin dan mempunyai anak.Disepanjang tempoh pengajian,beliau kerap mengambil cuti belajar yang akhirnya memaksa tempoh pengajian untuk kursus menjadi lebih panjang.Apabila terjadinya perkara sebigini,kebiasaannya mereka tidak akan mengambil subjek penuh pada setiap semester.Bayangkan jika beliau hanya mengambil 2 subjek untuk satu semester,berapa lamakah masa yang beliau ambil untuk menamatkan pengajian?Ini belum dikira lagi jika disepanjang tempoh belajar,tiada pengulangan subjek mahupun subjek gagal dalam peperiksaan.Apabila peperiksaan menjelma,banyak yang perlu dihafal dari segi formula dan nota,menjaga keluarga dan anak-anak dan juga tanggungjawab kerjaya.
Namun begitu,aku tetap memberi satu pujian yang tinggi bagi golongan past-matang ini kerana mempunyai semangat keyakinan yang tinggi untuk berjaya.Sudah pasti,semua ini dilakukan semata-mata untuk meningkatkan taraf ekonomi dan kehidupan berkeluarga.Di zaman moden dan millenia ini wang bukan segala-galanya tetapi wang juga sebagai penentu.Saban tahun,didada akhbar melaporkan kejayaan pelajar2 past-matang ini dalam menempuh dugaan dan rintangan untuk berjaya.Daripada seorang pemandu teksi bergelar datuk sehingga kepada ibu muda yang mempunyai seorang anak cacat,Mereka ini membuktikan kepada kita semua bahawa usaha keras dan semangat yang jitu untuk berjaya dalam pelajaran adalah satu simbolik tiada yang mustahil untuk berjaya.Syabas!!!



No comments:
Post a Comment