Sunday, April 19, 2009

KEWAJA & ANGkaRA NaFSu


Hari ini aku nak story mengenai gejala keruntuhan moral golongan muda-mudi khususnya orang Islam masa kini.Gejala perlakuan seks terlarang yang akhirnya membawa kepada hamil luar nikah dan seterusnya pembuangan bayi.Dan seperti biasa,anak-anak gadis belasan tahun yang sepatutnya disaat itu sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran (diperingkat IPT atau kelas menengah ) akhirnya berada didalam dilema apabila mengetahui mereka sedang hamil hasil persetubuhan haram dengan teman lelaki.Bagi yang panjang akal mengetahui hukum agama,pastinya maklum melakukan seks terlarang atau zina sudahpun menjadi dosa besar dalam agama kita dan apabila sudah mendapati diri hamil,pengguguran bayi atau membuang bayi memberikan satu alternatif bagi penyelesaian masalah.Disebabkan itulah,seringkali terjadi kejadian menyayat hati bila mana laporan berita mengenai penemuan bayi atau mayat bayi di tempat pembuangan sampah,ditandas,sungai,masjid dan sebagainya.

MODAL INSAN KEWAJA di tubuhkan atas dasar Tanggungjawab, Kemanusiaan dan Ehsan terhadap perlunya sebuah institusi atau perkhidmatan sukarela sepenuh masa yang memberikan khidmat bantuan; Menyelamat, Melindungi, Membimbing & Merawat kepada mereka yang kurang bernasib baik akibat bencana sosial atau aktiviti tidak bermoral ( Budaya hidup tidak berintegriti ) yang berlaku didalam masyarakat kita selama ini.Memetik sumber daripada laman web KEWAJA,organisasi ini yang ditubuhkan pada tahun 1996 pada awalnya hanya memberi khidmat nasihat kepada wanita dan remaja bermasalah ini.Tetapi KEWAJA menganggap dengan hanya nasihat tidak mencukupi untuk memberi kesedaran kepada golongan ini apatah lagi mereka sebenarnya hilang arah dan tidak tahu hala tuju selepas melahirkan bayi walaupun KEWAJA telah mencadangkan kepada golongan ini untuk merujuk kepada rumah-rumah perlindungan sedia ada tetapi atas syarat yang ketat dan proses yang merumitkan,maka KEWAJA mengambil inisiatif untuk membantu dan membimbing golongan ke pangkal jalan.



KEWAJA di usahakan oleh Sdr.Yahya bin Mohamed Yusof dan Puan Ruzitah binti Bahrum.Usaha yang murni telah dilakukan oleh pasangan ini sekurang-kurangnya untuk memberi bimbingan kepada golongan yang bermasalah ini supaya bertaubat dan menjalankan norma-norma kehidupan Islam yang sepatutnya.Harus diingatkan remaja dan wanita diluar sana,janganlah mengambil kesempatan pula di atas usaha baik yang dilakukan oleh KEWAJA.Mana taknya,mereka beranggapan jika mereka hamil luar nikah kesan seks haram,tak perlulah gusar untuk mencari perlindungan,terus pergi ke KEWAJA.Ini kerana mengikut syarat-syarat utama kemasukan ke KEWAJA,remaja bawah umur hendaklah diiringi oleh keluarga atau waris dan mereka yang kali kedua melakukan kesalahan yang sama akan melalui proses yang lebih ketat atau berkemungkinan tidak akan diterima lagi.

Wajarkah bayi yang tidak berdosa ini dibunuh dengan kejam?

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan apabila Sdr Yahya memberitahu kes2 hamil luar nikah ini akan berlaku selepas 3 bulan proses 'mengawan' pasangan.Proses mengawan biasanya berlaku apabila adanya sambutan atau cuti umum contohnya hari Valentine(Feb),Kemerdekaan(Ogos) dan juga sambutan Tahun Baru (Januari). Contoh terdekat dijangkakan sambutan hari Kekasih pada Februari lalu dimana kes gadis mengandung anak luar nikah akan meningkat selepas bulan Mei ini kerana mereka hanya menyedari mengandung tiga bulan selepas itu.

Sesetengah remaja ini menyalahkan keluarga,tekanan pelajaran atau situasi semasa sebagai punca mereka bergaul bebas tanpa sempadan.Walhal hakikatnya,jika mereka ini apatah lagi terdiri daripada umat Islam kategori berpelajaran dan dapat membezakan perkara baik dan buruk,maka sudah pasti perkara sebegini tidak akan berlaku.

2 comments:

  1. hurm...
    usaha yg sungguh murni membina kewaja...
    semoga pak ya dan isteri di rahmati Allah..

    ReplyDelete
  2. Wahai orang kita

    berjaga jaga semua

    Musim mengawan (valentine) telah pun tiba

    Di mana si gadis bercumbu mesra bersama jejaka

    dan akhirnya tercari-cari Raudatus Sakinah dan KEWAJA

    ReplyDelete