Wednesday, April 22, 2009

SErunDiNG Babi di IndonesiA

Kecoh juga bila dikatakan di negara Indonesia terdapat penemuan serunding atau daging dendeng yang siap dimakan diperbuat daripada daging babi..Erk....sangat menjijikkan!Kebimbangan ini sangat berasas memandangkan rata-rata pelancong dari Malaysia merupakan pelancong muslim.Biasalah tempat2 atau daerah yg dituju tentunya Jakarta,Bandung dan Surabaya..shopping pak!Dan dikhabarkan juga barang makanan yang popular untuk dibawa pulang sebagai cenderahati ialah serunding.


gambar sekadar hiasan


Cuba bayangkan kalau malam tadi korang baru saja makan malam sambil menikmati serunding babi yang diberi oleh kawan korang?Hehehe...ajer muntah lah korang jolok tekak,jangan sampai pengsan sudahlah...
Dengarnya,pihak yang terlibat memberitahu agak sukar untuk meneliti kerana tekstur serat babi tak kelihatan langsung dek kerana terlalu banyak lemak.Aku nasihatkan rakan2 kita yang hendak membeli serunding sebagai cenderahati supaya memilih hanya yang berjenama sahaja.Itu yang seperti diberitahu seorang kenalan aku dari Jakarta memberitahu pastikan terdapat label halal dan keluaran jenama terkenal sahaja yang sah halal!Nampaknya terpaksalah kita print dulu maklumat kat internet jenama halal di Indonesia bila melancong ke negara itu.

Dalam memikirkan hal ini,tanpa disangka sudah berkotak serunding babi ini dieksport ke Malaysia.Fuhh...jika termakan,wajibkah disamak seluruh anggota badan atau hanya dimulut sahaja?

No comments:

Post a Comment