Dalam satu dokumentari khas yang disiarkan semua rangkaian stesen tv negara malam tadi,PM baru kita,Datuk Seri Najib telah menggariskan beberapa tindakan segera yg akan beliau laksanakan.Antaranya yang menarik perhatian masyarakat tentunya:
1-Bebaskan serta merta 13 tahanan ISA
2-Tarik balik larangan terbit Harakah (PAS) dan Suara Keadilan (PKR)
3-Kaji semula ISA
Tiga perkara uatama di atas sebenarnya tunjang bermulanya keporak perandaan politik nasional.Walhal bagi aku,adalah sebab dan musababnya kenapa perkara tersebut terpaksa kerajaan kita laksanakan.Dan seperti biasa,HINDRAF dengan 'kerasnya' menuntut kesemua tahanan ISA mereka dibebaskan dan kem KAMUNTING ditutup sepenuhnya.Tolonglah...perlukah kerajaan menuruti segala kemahuan mereka dan membiarkan tindak tanduk perlakuan mereka bebas 'beraja' dimuka bumi Malaysia' ini sesuka hati?Tepuk dada tanya selera.
Ironinya,di saat Melayu dan India ini bertelagah dan bercakaran,Cina terus mengumpul kekayaan dan mencipta revolusi ekonomi kumpulan mereka.Dimanakah kita di tanahair tercinta ini?Bangkitlah wahai bangsaku.Sedarlah kita sudah jauh ketinggalan.Janganlah nak menyalahkan kerana dasar tak betul lah,pendekatan salah lah,walhal ambil cermin,renunglah diri sendiri,adakah kita sudah bersedia???
Akhir pena "Satu Malaysia,Rakyat Didahulukan.Pencapaian Diutamakan"



No comments:
Post a Comment