
Lokasi :GSC Pavillion,KL
Masa :02:40PM
Filem 'TALENTIME' arahan Yasmin Ahmad.Ada 3 watak utama dalam filem ini.
a)Melur iaitu watak yg dipegang oleh Pamela Chong (adik Vince) merupakan seorang pelajar Upper Six.Berdarah campuran Melayu-Inggeris.Mempunyai 3 orang adik beradik.Berkemahiran bermain piano dan tidak memberitahu keluarganya terutama ibu jika terlibat dengan sebarang pertandingan nyanyian.
b)Mahesh pula lelaki India bisu,pekak yg mengikuti kelas pendidikan khas.Beliau tinggal bersama dengan seorang kakak(Jac) dan ibu.
c)Hafiz lakonan Mohd Shafie Naswip ,seorang pelajar pintar yang baru 3 bulan berpindah disekolah tersebut.Kehadirannya tidak disenangi oleh Kahoe (student Cina) yg selama ini kira top student dalam kelas.Ibu Hafiz iaitu Azean Irdawaty dirawat di hospital akibat penyakit tumor otak.
Semua watak di atas belajar di sekolah yang sama.Kisah bermula apabila Cikgu Adibah (guru muzik) yg juga seorang yang pandai menyanyi telah menganjurkan Talentime sempena ulangtahun ke-7 pertandingan TALENTIME disekolah tersebut bersama dengan 7 orang pelajar yg akan membuat persembahan.
7 orang pelajar lelaki telah ditugaskan untuk menjemput peserta pergi dan balik latihan nyanyian sehinggalah malam persembahan.Diantara yang terpilih ialah Mahesh yg ditugaskan untuk menjemput Melur.Gadis ini tidak mengetahui keadaan sebenar pemuda India ini sehinggalah pada satu ketika beliau telah diberitahu oleh Hafiz.Melur menyesal dan bermulalah bibit-bibit cinta di antara mereka.
Dipihak yang lain,Hafiz yang berkebolehan bermain gitar telah berjanji dengan ibunya untuk berjaya dalam bidang pelajaran dan muzik.Namun kemunculan seorang lelaki di wad hospital tempat ibunya dirawat merubah segalanya.
Apakah yg sebenarnya terjadi pada ibu Hafiz?Bagaimana pula kesudahan cinta Melur & Mahesh?Bagaimana pula penerimaan ibu Mahesh setelah membaca emel kiriman adik beliau iaitu Ganesh ( sebelum tragedi berdarah dimalam perkahwinan ) kepada anaknya?Apa pula reaksi Cikgu Adibah kepada luahan cinta dari seorang cikgu lelaki?
Ada beberapa adegan dalam filem ini secara sinikal mempunyai persamaan dengan tragedi yang berlaku di Malaysia.Tapi yang pasti,aku suka dengan adegan dimalam persembahan TALENTIME sewaktu Hafiz sedang membuat persembahan.So touching!
Selamat menonton.



No comments:
Post a Comment