Saturday, April 25, 2009

AF7 & PiALA FA


Ramai yang minta aku tulis tentang perkembangan pelajar sepanjang program Akademi Fantasia (AF) musim ke-7 ini.Namun aku katakan pada mereka ,sebenarnya selepas AF musim ke-3 dimana MAWI dinobat menjadi juara AF3 seterusnya menjadi fenomena baru industri seni negara,program AF sudah sepatutnya direhatkan buat seketika walaupun aku sendiri tak terlepas menonton kat rumah setiap konsert mingguan AF.ASTRO sepatutnya kena study dan buat penilaian bagaimana mahu mengekalkan kecemerlangan program realiti tv ini.Kemenangan Mawi merupakan kemuncak kecemerlangan AF.Namun begitu,ASTRO meneruskan juga program realiti tv ini dengan menyaksikan kemenangan juara2 seterusnya iaitu FAIZAL,MILA dan terakhir STACY.Mereka semua diakui boleh menyanyi dengan baik tetapi tidak dapat tidak,sokongan peminat seperti tiada bahang sepanjang program berlangsung!Mungkin peminat2 sudah berhabis duit mengundi semasa MAWI menjadi juara atau kebarangkalian peminat telah menganggap kemunculan MAWI sebagai penyanyi melayu era baru dimasa depan tetap ada.


Malam ini sepatutnya aku rehat dari menulis kerana sedang sibuk study untuk satu exam penting.Tapi tak boleh fokus juga sebab diruang tamu,member2 aku datang nak tengok final FA antara Kelantan dan Selangor.Seronok juga layan final bolasepak ni sambil makan keropok lekor dan kauci.Tengah terjerit2 macam lah terror main bola,aku tukar channel RIA.Ini lah masa penyingkiran pelajar.Lepas AC dapat result dari krew ASTRO,dia menangis dan terus memeluk Aril?Aku sangka itu taktik AC untuk mengalih tumpuan peminat bahawa pelajar lain yang akan keluar tapi AC pulak yang menangis dengan serius mengumumkan Aril adalah pelajar yang tersingkir konsert minggu ini.

Di atas kertas,Aril dilihat berpotensi untuk melangkah sehingga ke final AF musim ini bersaing dengan HAFIZ dan ISMA untuk bergelar juara baru AF.Tetapi undian SMS kadangkala sukar dijangka.Kerana peminat sudah pasti berlumba2 untuk menyelamatkan pelajar kesayangan mereka.Dan Aril juga bukanlah peserta terakhir membuat persembahan.Kebiasaannya,sudah menjadi satu tuba dimana pelajar terakhir yang perform pastinya akan tersingkir dengan alasan undian SMS tidak banyak yang masuk untuk membantu pelajar terus bertahan di akademi.Jadi dimanakah silapnya?Adakah dek kerana sikapnya yang poyos menyebabkan peminat hilang arah?Tetapi bagaimana pula komen pengkritik yang agak positif atas persembahannya?Adakah tidak banyak membantu Aril untuk terus bertahan?

Dan sekali lagi undian SMS menjadi hakim untuk program sebegini.....

Sementara itu,di Stadium Nasional Bukit Jalil,pasukan Selangor muncul juara Piala FA mengalahkan Kelantan dengan penentuan melalui sepakan penalti 4-1.Tahniah Selangor!!!Dengar cerita,kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR akan memberi imbuhan Rm15K untuk setiap seorang anggota pasukan...Hai,duit MB atau duit rakyat?
Dan Kelantan seperti biasa pulang kehampaan.Diharap tiada peristiwa amukan berulang kembali.Kenapa lah nak mengganas tak tentu pasal?Demo terima jer keputusan dengan seadanya.Apabila visel penamat sudah ditiup oleh pengadil,maka perlawanan telah berakhir...

















No comments:

Post a Comment