Thursday, April 30, 2009

SokONG BaraNG TEmpaTan TaPi.....


Bukan menidakkan keupayaan anak tempatan tetapi lihatlah apa yang terjadi pada kereta Proton Gen2 selepas 5 tahun diguna pakai.

Pemegang pintu (door handle) tercabut


Bermula tahun lepas sudah 2 kali ditukar door handle iaitu pintu belakang co-driver dan pintu driver.Hari ni pulak terkena pada pintu co-driver.


Terloponglah pemegang pintu kereta ini untuk seketika

Sebenarnya tidaklah terlalu ganas pada orang yang buka pintu kereta tu.Cuma betapa rapuhnya komponen kereta buatan Malaysia ini.Ironinya,harga pasaran untuk kereta baru jenama tempatan tetap mahal dibandingkan mutu dan jangkahayatnya.Sedangkan,bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah,hanya kereta jenama buatan Malaysia sahaja yang mampu dimiliki.Alahai nasib badan...

Saturday, April 25, 2009

AF7 & PiALA FA


Ramai yang minta aku tulis tentang perkembangan pelajar sepanjang program Akademi Fantasia (AF) musim ke-7 ini.Namun aku katakan pada mereka ,sebenarnya selepas AF musim ke-3 dimana MAWI dinobat menjadi juara AF3 seterusnya menjadi fenomena baru industri seni negara,program AF sudah sepatutnya direhatkan buat seketika walaupun aku sendiri tak terlepas menonton kat rumah setiap konsert mingguan AF.ASTRO sepatutnya kena study dan buat penilaian bagaimana mahu mengekalkan kecemerlangan program realiti tv ini.Kemenangan Mawi merupakan kemuncak kecemerlangan AF.Namun begitu,ASTRO meneruskan juga program realiti tv ini dengan menyaksikan kemenangan juara2 seterusnya iaitu FAIZAL,MILA dan terakhir STACY.Mereka semua diakui boleh menyanyi dengan baik tetapi tidak dapat tidak,sokongan peminat seperti tiada bahang sepanjang program berlangsung!Mungkin peminat2 sudah berhabis duit mengundi semasa MAWI menjadi juara atau kebarangkalian peminat telah menganggap kemunculan MAWI sebagai penyanyi melayu era baru dimasa depan tetap ada.


Malam ini sepatutnya aku rehat dari menulis kerana sedang sibuk study untuk satu exam penting.Tapi tak boleh fokus juga sebab diruang tamu,member2 aku datang nak tengok final FA antara Kelantan dan Selangor.Seronok juga layan final bolasepak ni sambil makan keropok lekor dan kauci.Tengah terjerit2 macam lah terror main bola,aku tukar channel RIA.Ini lah masa penyingkiran pelajar.Lepas AC dapat result dari krew ASTRO,dia menangis dan terus memeluk Aril?Aku sangka itu taktik AC untuk mengalih tumpuan peminat bahawa pelajar lain yang akan keluar tapi AC pulak yang menangis dengan serius mengumumkan Aril adalah pelajar yang tersingkir konsert minggu ini.

Di atas kertas,Aril dilihat berpotensi untuk melangkah sehingga ke final AF musim ini bersaing dengan HAFIZ dan ISMA untuk bergelar juara baru AF.Tetapi undian SMS kadangkala sukar dijangka.Kerana peminat sudah pasti berlumba2 untuk menyelamatkan pelajar kesayangan mereka.Dan Aril juga bukanlah peserta terakhir membuat persembahan.Kebiasaannya,sudah menjadi satu tuba dimana pelajar terakhir yang perform pastinya akan tersingkir dengan alasan undian SMS tidak banyak yang masuk untuk membantu pelajar terus bertahan di akademi.Jadi dimanakah silapnya?Adakah dek kerana sikapnya yang poyos menyebabkan peminat hilang arah?Tetapi bagaimana pula komen pengkritik yang agak positif atas persembahannya?Adakah tidak banyak membantu Aril untuk terus bertahan?

Dan sekali lagi undian SMS menjadi hakim untuk program sebegini.....

Sementara itu,di Stadium Nasional Bukit Jalil,pasukan Selangor muncul juara Piala FA mengalahkan Kelantan dengan penentuan melalui sepakan penalti 4-1.Tahniah Selangor!!!Dengar cerita,kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR akan memberi imbuhan Rm15K untuk setiap seorang anggota pasukan...Hai,duit MB atau duit rakyat?
Dan Kelantan seperti biasa pulang kehampaan.Diharap tiada peristiwa amukan berulang kembali.Kenapa lah nak mengganas tak tentu pasal?Demo terima jer keputusan dengan seadanya.Apabila visel penamat sudah ditiup oleh pengadil,maka perlawanan telah berakhir...

















Friday, April 24, 2009

MLM?At this MomeNT is NO!!!

A friend of mine asking me if i'm interested to join with his latest discovery about making money through multi-level-marketing.As usual,i was listening so hardly about his story.Sounds so interesting where we might be a millionaire with starting small capital as low as RM300.00!But unfortunately,I told him,not at this moment.Not really look down his effort.I give him fullest support to success into this new line.
But,i stressed here to advise him to study and understand the business well.We normally overlook about certain things but trust me bro,u've got nothing to loose at end.

Thursday, April 23, 2009

SUsAn BOyLE


Di negara Britain,wanita bernama Susan Boyle ini sedang menjadi fenomena ketika ini.Kenaper?Kerana disebalik usia separuh abad,beliau telah muncul sebagai peserta Britain's Got Talent 2009 dan diakui memiliki vokal yang sungguh bertenaga.Dia tidak secantik Kylie Minogue mahupun Shania Twain.Tetapi Susan memberikan harapan baru untuk kepuasan dirinya.Kiranya ternganga juga mulut Simon Cowell bila tengok Susan menyanyi.Korang tengok sendiri klip2 beliau dalam YouTube.Tetapi yang paling menarik bila Susan mengaku beliau masih dara!Dikhabarkan sebuah syarikat penerbitan video lucah telah menawarkan beliau wang berjuta ringgit untuk muncul dalam sebuah klip khas 'adegan' pecah dara!So,siapa yang teringin,daftar segera sementara stok memang tak akan habis nihh.... heheheh

Wednesday, April 22, 2009

SErunDiNG Babi di IndonesiA

Kecoh juga bila dikatakan di negara Indonesia terdapat penemuan serunding atau daging dendeng yang siap dimakan diperbuat daripada daging babi..Erk....sangat menjijikkan!Kebimbangan ini sangat berasas memandangkan rata-rata pelancong dari Malaysia merupakan pelancong muslim.Biasalah tempat2 atau daerah yg dituju tentunya Jakarta,Bandung dan Surabaya..shopping pak!Dan dikhabarkan juga barang makanan yang popular untuk dibawa pulang sebagai cenderahati ialah serunding.


gambar sekadar hiasan


Cuba bayangkan kalau malam tadi korang baru saja makan malam sambil menikmati serunding babi yang diberi oleh kawan korang?Hehehe...ajer muntah lah korang jolok tekak,jangan sampai pengsan sudahlah...
Dengarnya,pihak yang terlibat memberitahu agak sukar untuk meneliti kerana tekstur serat babi tak kelihatan langsung dek kerana terlalu banyak lemak.Aku nasihatkan rakan2 kita yang hendak membeli serunding sebagai cenderahati supaya memilih hanya yang berjenama sahaja.Itu yang seperti diberitahu seorang kenalan aku dari Jakarta memberitahu pastikan terdapat label halal dan keluaran jenama terkenal sahaja yang sah halal!Nampaknya terpaksalah kita print dulu maklumat kat internet jenama halal di Indonesia bila melancong ke negara itu.

Dalam memikirkan hal ini,tanpa disangka sudah berkotak serunding babi ini dieksport ke Malaysia.Fuhh...jika termakan,wajibkah disamak seluruh anggota badan atau hanya dimulut sahaja?

Monday, April 20, 2009

StuDEnt PAst-MatanG

Pada ketika ini,semua pelajar IPTA mahupun IPTS sedang sibuk menghadapi final exam.Peperiksaan akhir sebelum melangkah menuju alam pekerjaan.Jika tidak pun,pelajar2 ini seperti biasa meneruskan pelajaran untuk menggenggam segulung ijazah/diploma.Ini tidak dikira lagi bilangan pelajar yang menghadapi tempoh sukar seperti tangguh pengajian,pengulangan subjek yang gagal mahupun cuti belajar.Keadaan mungkin tidak menjadi satu masalah besar bagi mereka yang masih muda.Tetapi bagaimana pula dengan pelajar2 tua/matang ini untuk menamatkan pengajian mereka?
Umum mengetahui,standard bagi seseorang rakyat Malaysia untuk memulakan alam persekolahan adalah pada ketika usia 7 tahun iaitu Darjah Satu.Selama 5 tahun selepas itu,pelajar akan meneruskan sesi pengajian disekolah menengah sehingga usia menginjak 17 tahun.Pada ketika ini,peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianggap penentu masa depan pelajar.Kebiasaannya.mereka yang lulus cemerlang dalam SPM akan melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS yang dipohon.Namun,bagi yang gagal,pelajar akan meneruskan pelajaran ke tingkatan enam.Pada ketika ini,mengikut analisis kajian, apabila pelajar tamat sesi persekolahan,mereka mempunyai pilihan samada melanjutkan pengajian ke IPT atau mencari peluang pekerjaan.Hasil kajian mendapati ramai bekas pelajar memilih untuk menjadi guru disebabkan peluang yang terbuka luas diberikan oleh kerajaan.
Siswazah IPT akan menamatkan pengajian samada diploma atau ijazah secara relatifnya pada usia 22 tahun.Selepas itu,mereka akan memulakan langkah ke alam pekerjaan.Selepas beberapa tahun,mengikut fitrah alam,mereka akan menamatkan zaman bujang dan membina keluarga.
Kita lihat pula senario bagi mereka yang terus bekerja selepas tamat Tingkatan Lima (SPM).Mereka akan mula bekerja,mencari wang untuk kehidupan dan berkahwin.Selepas beberapa tahun,di atas tuntutan semasa dan peningkatan taraf hidup,golongan ini samada bujang atau telah berkahwin mendapati adalah satu kewajaran untuk menyambung pengajian sebagai jaminan untuk kehidupan yang lebih selesa.Mereka ini tiada pilihan lain untuk meningkatkan taraf hidup.Mungkin hanya 5 % sahaja terdiri daripada mereka yang hanya ingin meneruskan niat mereka sambung belajar asalkan dapat menggenggam diploma atau ijazah.
Inilah Student Past-Matang.Bagi yang masih bujang mungkin tidak menghadapi sebarang masalah.Tanya pada hati untuk belajar atau tidak.Jika gagal,mereka boleh mengulang semula.Tapi sampai bila?Aku ada seorang kawan bilamana selepas 2 semester gagal subjek yang sama,semangatnya luntur .Ditambah pula,sibuk dengan tuntutan pekerjaan dan faktor masa,beliau akhirnya tidak menamatkan pengajian.Adakah ini satu pembaziran?Bagaimana pula mereka yang belajar sekerat jalan?
Kita lihat pula contoh lain dimana seorang pelajar yang telah berkahwin dan mempunyai anak.Disepanjang tempoh pengajian,beliau kerap mengambil cuti belajar yang akhirnya memaksa tempoh pengajian untuk kursus menjadi lebih panjang.Apabila terjadinya perkara sebigini,kebiasaannya mereka tidak akan mengambil subjek penuh pada setiap semester.Bayangkan jika beliau hanya mengambil 2 subjek untuk satu semester,berapa lamakah masa yang beliau ambil untuk menamatkan pengajian?Ini belum dikira lagi jika disepanjang tempoh belajar,tiada pengulangan subjek mahupun subjek gagal dalam peperiksaan.Apabila peperiksaan menjelma,banyak yang perlu dihafal dari segi formula dan nota,menjaga keluarga dan anak-anak dan juga tanggungjawab kerjaya.
Namun begitu,aku tetap memberi satu pujian yang tinggi bagi golongan past-matang ini kerana mempunyai semangat keyakinan yang tinggi untuk berjaya.Sudah pasti,semua ini dilakukan semata-mata untuk meningkatkan taraf ekonomi dan kehidupan berkeluarga.Di zaman moden dan millenia ini wang bukan segala-galanya tetapi wang juga sebagai penentu.Saban tahun,didada akhbar melaporkan kejayaan pelajar2 past-matang ini dalam menempuh dugaan dan rintangan untuk berjaya.Daripada seorang pemandu teksi bergelar datuk sehingga kepada ibu muda yang mempunyai seorang anak cacat,Mereka ini membuktikan kepada kita semua bahawa usaha keras dan semangat yang jitu untuk berjaya dalam pelajaran adalah satu simbolik tiada yang mustahil untuk berjaya.Syabas!!!

Sunday, April 19, 2009

KEWAJA & ANGkaRA NaFSu


Hari ini aku nak story mengenai gejala keruntuhan moral golongan muda-mudi khususnya orang Islam masa kini.Gejala perlakuan seks terlarang yang akhirnya membawa kepada hamil luar nikah dan seterusnya pembuangan bayi.Dan seperti biasa,anak-anak gadis belasan tahun yang sepatutnya disaat itu sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran (diperingkat IPT atau kelas menengah ) akhirnya berada didalam dilema apabila mengetahui mereka sedang hamil hasil persetubuhan haram dengan teman lelaki.Bagi yang panjang akal mengetahui hukum agama,pastinya maklum melakukan seks terlarang atau zina sudahpun menjadi dosa besar dalam agama kita dan apabila sudah mendapati diri hamil,pengguguran bayi atau membuang bayi memberikan satu alternatif bagi penyelesaian masalah.Disebabkan itulah,seringkali terjadi kejadian menyayat hati bila mana laporan berita mengenai penemuan bayi atau mayat bayi di tempat pembuangan sampah,ditandas,sungai,masjid dan sebagainya.

MODAL INSAN KEWAJA di tubuhkan atas dasar Tanggungjawab, Kemanusiaan dan Ehsan terhadap perlunya sebuah institusi atau perkhidmatan sukarela sepenuh masa yang memberikan khidmat bantuan; Menyelamat, Melindungi, Membimbing & Merawat kepada mereka yang kurang bernasib baik akibat bencana sosial atau aktiviti tidak bermoral ( Budaya hidup tidak berintegriti ) yang berlaku didalam masyarakat kita selama ini.Memetik sumber daripada laman web KEWAJA,organisasi ini yang ditubuhkan pada tahun 1996 pada awalnya hanya memberi khidmat nasihat kepada wanita dan remaja bermasalah ini.Tetapi KEWAJA menganggap dengan hanya nasihat tidak mencukupi untuk memberi kesedaran kepada golongan ini apatah lagi mereka sebenarnya hilang arah dan tidak tahu hala tuju selepas melahirkan bayi walaupun KEWAJA telah mencadangkan kepada golongan ini untuk merujuk kepada rumah-rumah perlindungan sedia ada tetapi atas syarat yang ketat dan proses yang merumitkan,maka KEWAJA mengambil inisiatif untuk membantu dan membimbing golongan ke pangkal jalan.



KEWAJA di usahakan oleh Sdr.Yahya bin Mohamed Yusof dan Puan Ruzitah binti Bahrum.Usaha yang murni telah dilakukan oleh pasangan ini sekurang-kurangnya untuk memberi bimbingan kepada golongan yang bermasalah ini supaya bertaubat dan menjalankan norma-norma kehidupan Islam yang sepatutnya.Harus diingatkan remaja dan wanita diluar sana,janganlah mengambil kesempatan pula di atas usaha baik yang dilakukan oleh KEWAJA.Mana taknya,mereka beranggapan jika mereka hamil luar nikah kesan seks haram,tak perlulah gusar untuk mencari perlindungan,terus pergi ke KEWAJA.Ini kerana mengikut syarat-syarat utama kemasukan ke KEWAJA,remaja bawah umur hendaklah diiringi oleh keluarga atau waris dan mereka yang kali kedua melakukan kesalahan yang sama akan melalui proses yang lebih ketat atau berkemungkinan tidak akan diterima lagi.

Wajarkah bayi yang tidak berdosa ini dibunuh dengan kejam?

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan apabila Sdr Yahya memberitahu kes2 hamil luar nikah ini akan berlaku selepas 3 bulan proses 'mengawan' pasangan.Proses mengawan biasanya berlaku apabila adanya sambutan atau cuti umum contohnya hari Valentine(Feb),Kemerdekaan(Ogos) dan juga sambutan Tahun Baru (Januari). Contoh terdekat dijangkakan sambutan hari Kekasih pada Februari lalu dimana kes gadis mengandung anak luar nikah akan meningkat selepas bulan Mei ini kerana mereka hanya menyedari mengandung tiga bulan selepas itu.

Sesetengah remaja ini menyalahkan keluarga,tekanan pelajaran atau situasi semasa sebagai punca mereka bergaul bebas tanpa sempadan.Walhal hakikatnya,jika mereka ini apatah lagi terdiri daripada umat Islam kategori berpelajaran dan dapat membezakan perkara baik dan buruk,maka sudah pasti perkara sebegini tidak akan berlaku.

Friday, April 17, 2009

PUtU PiRiNG


Seorang pakcik sangat bermurah hati.Boleh dikatakan hampir setiap minggu,jika diizinkan Allah,beliau akan datang ke tempat kerja kitorang dan membawa 'ole-ole' untuk minum petang.Semoga hamba Allah ini dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki dari-Nya.


Hari ini,beliau membawa putu piring yang sedap tak terhingga.Makanan tradisi Melayu yang dikhabarkan berasal dari negara Asia Selatan.Bukan sebarang putu piring.Cukup tepung beras,garam,kelapa parut bahkan rasa manis dari gula melaka.Itulah PUTU PIRING.Tapi yang peliknya,bila kitorang minta no telefon penjual putu piring ini,beliau nampak agak keberatan.Kenapa yer?

Saturday, April 11, 2009

Gaya Baru @ UPTOWN KAJANG?



A new lifestyle is now trying to catch your eyes.Exotic,Brisk,Warm and Appealing,Sweet and Fruity,Lush and many more!!!

So,hurry up to click a yellow little tree on the right corner under @ Stylo










KabINet BAru 2009-SiApA KEna GuGUR!!!

PERDANA MENTERI:Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN:Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI PENGANGKUTAN:Datuk Ong Tee Keat
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:Tan Sri Bernard Dompok
MENTERI DALAM NEGERI:Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:Datuk Peter Chin Fah Kui
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:Datuk Seri Shafie Apdal
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:Datuk Mustapa Mohamed MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:Datuk Douglas Uggah Embas
MENTERI PELANCONGAN:Datuk Ng Yen Yen
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:Datuk Noh Omar
MENTERI PERTAHANAN:Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
MENTERI KERJA RAYA:Datuk Shaziman Abu Mansor
MENTERI KESIHATAN:Datuk Liow Tiong Lai
MENTERI BELIA DAN SUKAN:Datuk Ahmad Shabery Cheek
MENTERI SUMBER MANUSIA:Datuk Dr S Subramaniam
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:Datuk Ismail Sabri Yaakob
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:Datuk Kong Cho Ha
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:Datuk Seri Sharizat Jalil
MENTERI LUAR:Datuk Anifah Aman
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Wednesday, April 8, 2009

ADa SaLeS TaK???

For the first time,i hereby to announce that my job task is all about sales and marketing.I've been promoted last year,somewhere in August(not to say promotion or naik pangkat) to do sales to help my group target will achieve.I'm quite suspicious about my capability,in addition sales is not my cup of tea .But at the end of the day,i realized that this is such a big opportunity for me to expand the horizon of my experience at working place.

For your information,for the 1st time we did a big history last month where we had achieve target set by HQ.Ana,Shahrul and myself were celebrate the light moment together.Its okay to pampered ourself after workhard.But we were so furious when we saw a report from HQ,our group was not selected on the top list performance.Arrgghhh!!!So annoying.We only less around 5% from the lists lahhh...

But till to date,we are so damn to see our performance.It is so unhealthy condition.Our contribution does not shows that we are good as before.Having said that from deep inside,we still believe that we have a big chance.As a Muslim,work harder and struggle for success,and the rest we pray and leave it to Allah to decide and blessing.

Tuesday, April 7, 2009

ReSToRAn ReBUnG


I've got a value time having luncheon today with my friends at Restoran Rebung ,Bangsar.Whoever still blur,this place running by celebrity Chef Ismail and his partner,Dr Sheikh Muszaphar....well...


Savour restoran rebung's selection of tantalising authentic Malay dishes.Daily a'la carte or buffet menu."The food served in this restaurant is a tribute to the wonderfully varied tastes in food that inherited from our forefathers"said Chef Ismail.Currently,buffet lunch costs around RM35.00 nett.


Yummy,the foods is okay...But I still feels lack of something here and i don't know what!


The restaurant has a homey feel. It looks like a home converted into a restaurant,painted in deep colors (dark green,black red,striking yellow). The alfresco dining and the buffet area looks like a former garage. At one end is a little stage, where weekend performances are mounted (performing nightly except Sundays)

Saturday, April 4, 2009

TaLEnTime 2009


Lokasi :GSC Pavillion,KL
Masa :02:40PM

Filem 'TALENTIME' arahan Yasmin Ahmad.Ada 3 watak utama dalam filem ini.

a)Melur iaitu watak yg dipegang oleh Pamela Chong (adik Vince) merupakan seorang pelajar Upper Six.Berdarah campuran Melayu-Inggeris.Mempunyai 3 orang adik beradik.Berkemahiran bermain piano dan tidak memberitahu keluarganya terutama ibu jika terlibat dengan sebarang pertandingan nyanyian.

b)Mahesh pula lelaki India bisu,pekak yg mengikuti kelas pendidikan khas.Beliau tinggal bersama dengan seorang kakak(Jac) dan ibu.

c)Hafiz lakonan Mohd Shafie Naswip ,seorang pelajar pintar yang baru 3 bulan berpindah disekolah tersebut.Kehadirannya tidak disenangi oleh Kahoe (student Cina) yg selama ini kira top student dalam kelas.Ibu Hafiz iaitu Azean Irdawaty dirawat di hospital akibat penyakit tumor otak.

Semua watak di atas belajar di sekolah yang sama.Kisah bermula apabila Cikgu Adibah (guru muzik) yg juga seorang yang pandai menyanyi telah menganjurkan Talentime sempena ulangtahun ke-7 pertandingan TALENTIME disekolah tersebut bersama dengan 7 orang pelajar yg akan membuat persembahan.

7 orang pelajar lelaki telah ditugaskan untuk menjemput peserta pergi dan balik latihan nyanyian sehinggalah malam persembahan.Diantara yang terpilih ialah Mahesh yg ditugaskan untuk menjemput Melur.Gadis ini tidak mengetahui keadaan sebenar pemuda India ini sehinggalah pada satu ketika beliau telah diberitahu oleh Hafiz.Melur menyesal dan bermulalah bibit-bibit cinta di antara mereka.

Dipihak yang lain,Hafiz yang berkebolehan bermain gitar telah berjanji dengan ibunya untuk berjaya dalam bidang pelajaran dan muzik.Namun kemunculan seorang lelaki di wad hospital tempat ibunya dirawat merubah segalanya.

Apakah yg sebenarnya terjadi pada ibu Hafiz?Bagaimana pula kesudahan cinta Melur & Mahesh?Bagaimana pula penerimaan ibu Mahesh setelah membaca emel kiriman adik beliau iaitu Ganesh ( sebelum tragedi berdarah dimalam perkahwinan ) kepada anaknya?Apa pula reaksi Cikgu Adibah kepada luahan cinta dari seorang cikgu lelaki?

Ada beberapa adegan dalam filem ini secara sinikal mempunyai persamaan dengan tragedi yang berlaku di Malaysia.Tapi yang pasti,aku suka dengan adegan dimalam persembahan TALENTIME sewaktu Hafiz sedang membuat persembahan.So touching!

Selamat menonton.

PerJalaNAN Baru BermUla

Dalam satu dokumentari khas yang disiarkan semua rangkaian stesen tv negara malam tadi,PM baru kita,Datuk Seri Najib telah menggariskan beberapa tindakan segera yg akan beliau laksanakan.Antaranya yang menarik perhatian masyarakat tentunya:
1-Bebaskan serta merta 13 tahanan ISA
2-Tarik balik larangan terbit Harakah (PAS) dan Suara Keadilan (PKR)
3-Kaji semula ISA
Tiga perkara uatama di atas sebenarnya tunjang bermulanya keporak perandaan politik nasional.Walhal bagi aku,adalah sebab dan musababnya kenapa perkara tersebut terpaksa kerajaan kita laksanakan.Dan seperti biasa,HINDRAF dengan 'kerasnya' menuntut kesemua tahanan ISA mereka dibebaskan dan kem KAMUNTING ditutup sepenuhnya.Tolonglah...perlukah kerajaan menuruti segala kemahuan mereka dan membiarkan tindak tanduk perlakuan mereka bebas 'beraja' dimuka bumi Malaysia' ini sesuka hati?Tepuk dada tanya selera.
Ironinya,di saat Melayu dan India ini bertelagah dan bercakaran,Cina terus mengumpul kekayaan dan mencipta revolusi ekonomi kumpulan mereka.Dimanakah kita di tanahair tercinta ini?Bangkitlah wahai bangsaku.Sedarlah kita sudah jauh ketinggalan.Janganlah nak menyalahkan kerana dasar tak betul lah,pendekatan salah lah,walhal ambil cermin,renunglah diri sendiri,adakah kita sudah bersedia???
Akhir pena "Satu Malaysia,Rakyat Didahulukan.Pencapaian Diutamakan"

Friday, April 3, 2009

PM Baru Utk MALAYSIA

Aku pun tak terkecuali nak update pasal berita ni.Sesungguhnya tercatat dalam sejarah pada jam 10.05 pagi tadi,secara rasminya Datuk Seri Najib Tun Abd Razak diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia.
Cuma aku mengharapkan sesuatu yg baik dan luarbiasa akan berlaku dalam pemerintahan Datuk Najib ni sebagaimana yg berlaku pada zaman PM kita yg terdahulu.Sudah tentunya,kita panjatkan doa kepada Allah diberikan sinar kemakmuran,kebahagiaan dan kesejahteraan untuk tanahair kita.Itu lebih afdal dari memikirkan yang sebaliknya bukan?

Wednesday, April 1, 2009

SuaTU PeNGHArGaaN


Even its only a 'big' hamper with same style of wrapping (i guess so..),but its represend a sign of appreciation for our workhard.Thank you to all of my colleague for the opportunity.Together we can make it!!!
Bro,nx time we go for big token please...ermm...InsyaAllah..:)