Monday, March 9, 2009

TAYAMUM

TAYAMUM menggantikan wuduk atau mandi junub, khususnya bagi mereka yang tidak boleh menggunakan air kerana beberapa halangan dan sebab tertentu.Caranya sangat ringkas, iaitu menyapu tanah ke muka dan dua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat tertentu.Debu ini ada beberapa keistimewaan, seperti bebas dari bakteria dan boleh digunakan berulang kali.Ia berasal dari tanah bukit yang diproses dengan kaedah terkini menghasilkan debu.

Secara umum, menurut kitab fiqah, tayamum boleh dilakukan apabila mengalami keuzuran kerana sakit dan tidak boleh menggunakan air.Ia juga sebagai pengganti wuduk kerana uzur dalam perjalanan dan tiada air atau keperluan itu hanya cukup untuk minum.

Debu Innolux membantu golongan yang tidak boleh menggunakan air, misalnya orang sakit akibat luka atau patah, anggota badan terpaksa dibalut serta melecur atau pembedahan.Orang menghidap demam panas yang dirasakan tidak boleh menggunakan air, lumpuh atau tidak mampu mendapatkan air, termasuklah disebabkan ada peralatan perubatan pada badan boleh menggunakan debu terbabit.

Tanah ialah benda suci dan bukan saja boleh digunakan untuk tayamum, malah untuk menyucikan segala benda daripada najis seperti anjing dan babi, malah ia boleh menghapuskan virus.




Korang layari laman web ni http://www.innolux.com.my

Alhamdullilah,berpesan2 pada kebenaran.









No comments:

Post a Comment