Sunday, March 22, 2009

DOGgy

Bila sebut bulldog,mesti kita terbayangkan anjing muka bulat dan buruk mcm hujung kayu balak tak siap.Bila sebut dalmation,kita mesti teringat anjing2 peliharaan dengan badan bertompok2 warna dot-dot mcm leopard.

Apa kaitannya?Aku sebenarnya nak share info tentang trend masa kini.Diberitakan bahawa masyarakat muslim telah mula memelihara anjing dikawasan rumah untuk tujuan keselamatan.Semua org tahu,deria binatang ini amat kuat.Kalau tak,mana mungkin hampir kesemua polis2 seluruh dunia menggunakan binatang ini untuk tujuan mencari bukti2 jenayah.
Hadis2 yang sahih menyebut hukum nya HARUS memelihara anjing yang terlatih seperti untuk memburu,menjaga kebun,keselamatan dan keperluan yang bermanfaat.Bahkan buruan anjing2 terlatih ini juga adalah HALAL dimakan.Rasulullah pernah menyatakan bahawa anjing termasuk umat ALLAH yang dijaga kebajikannya.

Bercakap tentang anjing ni,sebenarnya bukan nya menjadi satu DOSA pun jika menyentuhnya.Cumanya anjing dikategorikan sebagai najis.Maknanya,jika terkena jilatan atau air liur atau bersentuh (dlm keadaan basah) dengan anjing,makan wajiblah SAMAK iaitu mencuci 7 kali dan satu kali daripadanya dengan air tanah.Oleh itu,jika terkena badan anjing dalam keadaan kedua2 nya kering,hanya dikategorikan sebagai najis ringan sahaja.

Aku teringat filem GUBRA arahan Yasmin Ahmad dimana ada satu scene ustaz dalam perjalanan untuk ke masjid telah memegang badan seekor anjing ditepi jalan.Bila sampai dimasjid,ustaz tersebut terus mengambil wudhu dan menunaikan sembahyang.Ada benarnya.

Binatang ini sebenarnya berasa diri terancam jika kita mengganggu aktivitinya.Janganlah nak memandai2 baling botol ker,kayu ker.Bila anjing dah mengamuk,lari tak cukup bumi lah jawabnya...

No comments:

Post a Comment