Sunday, March 29, 2009

MALI CorNeR

Lepas zohor,aku dan Bang Tak pi KLCC jumpa Bang Die.Dah lama tak jumpa member yg sorang ni.Dulu dgr citer nak pi kerja kat Dubai la kononnya.Tup2 lepas ekonomi jatuh merudum seantero dunia,Bang Die bagi lah alasan tak jadi pegi...Hmmm,ada baiknya sebab keluargamu disini masih memerlukanmu... Ahakss


Makan tengahari dengan Spaghetti Bolognese...kureng lahhh....

Petang dlm pukul 6,perut berkeroncong irama hip hop....hehehe.Maknanya perlu diisi.Aku,Bang Tak dan Bang Sir ronda2 sekitar Setapak jalan2 cari makan.Tengok2 ramai betul orang makan kat tempat yang satu ni.Apa yg best?

Tak puas hati.Masih tercari2 apa yg best kat tempat makan ni..

Diorang ni tengah tunggu ....

Sorry erk...dah makan separuh...nasi lemak.Tapi sambal tumis agak manis...Side dishes mcm biasa ada telor goreng dan juga ayam berempah (specialty!!!)


Beratur panjang sebab ni lah....


Menu popular CHAr Kue TiaW!!!Untuk info,gerai makan ni terpilih dlm rancangan WARUNG KITA kat ASTRO.Kata orang,sebelum ni pun,memang dah ramai pun pelanggan tempat makan ni khususnya student2 dari Kolej TAR yg berhampiran.Tapi hari Sabtu kedai tutup daaa....I'am sori :)

EaRTH HOur


I upload for you some interesting photos during this 'big moment'.Before that,let us see this chart shows our world temperatures.So shock!


Global warming is the increase in the average temperature of the Earth's near-surface air and the oceans since the mid-twentieth century and its projected continuation. The Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) concludes that anthropogenic greenhouse gases are responsible for most of the observed temperature increase since the middle of the 20th century.

Increasing global temperature will cause sea levels to rise and will change the amount and pattern of precipitation, likely including expansion of subtropical deserts.Other likely effects include shrinkage of the Amazon rainforest and Boreal forests, increases in the intensity of extreme weather events, changes in agricultural yields, and glacier retreat. (Crdt:WIKIPEDIA)

Eiffel Tower-France


Empire State Building-USA


KLCC-Malaysia


Sydney Opera House-Australia

Financial District-Singapore

Faith of Life

Golden Hope-Future Generation

Saturday, March 28, 2009

TAKO ZeN

I maybe late to intro this kind of Japanese food.At first,a fren of mine ask me to buy for her but i decided to try it also.Why not,isn't ?I've been staring quite a long time.How bout the taste???



Yummy....Its like you eat whipped potato from KFC ,then pouring some mayonnaise,oyster & wasabi...huh!

Tuesday, March 24, 2009

SiMPAn RM100,DaPAT Rm100K?


Banyaknya belon tapi kenapa bersepah2 tuh?



Ingin RM100,000?tanya kami mengenai Al-Awfar?Apa ke bender tuh?Melancong free ke Timur Tengah ker?atau Jackpot versi Arab?


Flyers ni aku dapat kat cawangan BANKISLAM yg terdekat dengan kediaman aku.Ianya berbunyi camni "Apakah yg anda akan lakukan dengan RM100,000?Akaun Simpanan-i dan Akaun Pelaburan-i Al-Awfar BANKISLAM.Deposit Rm100 dan anda mungkin dapat Rm100,000!!!!"

Wah!Ini sudah bagus.Yerlah,pada zaman2 ekonomi tak 'cantek' ni,ada kengkawan2 kita yg sampai kena berenti kerja.Takpun ada yg sampai buat keje part time,siang pi opis malam jual burger,jadi RELA,LITTLE TREE,jual maruku (eh,yg penting HALAL beb....watpe nak malu kan).So,BANKISLAM telah mengambil langkah yg sangat baik dengan memperkenalkan produk baru ini.At least,ia sebagai WANG BESAR kalau korang semua mmg telah ditakdirkan bernasib BAIK!

Aku lupa nak bagi tau,setiap 3 bulan,BANKISLAM akan buat cabutan untuk memilih pemenang bertuah.Al-Awfar ni adalah yang PERTAMA seumpamanya dalam perbankan ISLAM.

maklumat lanjut,sila layari http://www.bankislam.com.my/

Monday, March 23, 2009

GeRAi MAkAn Dlm MasJID


Pandangan luar gerai makan.Jarak 10 meter di hadapan adalah Masjid Al-Khadijiah,Pantai Dalam.



Ini yang best.Selain lauk-pauk asli rasa kampung,ada juga ulam2an,ikan bakar siap dengan sambal belacan,tempoyak!




Menu spesial kat gerai makan ni tentulah SUP TULANG ni.Memang sedap dan terangkat!.Bayangkan kalau dapat makan dengan roti kosong,tak pun roti buku...yum,yum....



























Sunday, March 22, 2009

DOGgy

Bila sebut bulldog,mesti kita terbayangkan anjing muka bulat dan buruk mcm hujung kayu balak tak siap.Bila sebut dalmation,kita mesti teringat anjing2 peliharaan dengan badan bertompok2 warna dot-dot mcm leopard.

Apa kaitannya?Aku sebenarnya nak share info tentang trend masa kini.Diberitakan bahawa masyarakat muslim telah mula memelihara anjing dikawasan rumah untuk tujuan keselamatan.Semua org tahu,deria binatang ini amat kuat.Kalau tak,mana mungkin hampir kesemua polis2 seluruh dunia menggunakan binatang ini untuk tujuan mencari bukti2 jenayah.
Hadis2 yang sahih menyebut hukum nya HARUS memelihara anjing yang terlatih seperti untuk memburu,menjaga kebun,keselamatan dan keperluan yang bermanfaat.Bahkan buruan anjing2 terlatih ini juga adalah HALAL dimakan.Rasulullah pernah menyatakan bahawa anjing termasuk umat ALLAH yang dijaga kebajikannya.

Bercakap tentang anjing ni,sebenarnya bukan nya menjadi satu DOSA pun jika menyentuhnya.Cumanya anjing dikategorikan sebagai najis.Maknanya,jika terkena jilatan atau air liur atau bersentuh (dlm keadaan basah) dengan anjing,makan wajiblah SAMAK iaitu mencuci 7 kali dan satu kali daripadanya dengan air tanah.Oleh itu,jika terkena badan anjing dalam keadaan kedua2 nya kering,hanya dikategorikan sebagai najis ringan sahaja.

Aku teringat filem GUBRA arahan Yasmin Ahmad dimana ada satu scene ustaz dalam perjalanan untuk ke masjid telah memegang badan seekor anjing ditepi jalan.Bila sampai dimasjid,ustaz tersebut terus mengambil wudhu dan menunaikan sembahyang.Ada benarnya.

Binatang ini sebenarnya berasa diri terancam jika kita mengganggu aktivitinya.Janganlah nak memandai2 baling botol ker,kayu ker.Bila anjing dah mengamuk,lari tak cukup bumi lah jawabnya...

Saturday, March 21, 2009

BUTTerSCotcH


Aku memang gemar sangat makanan berasaskan roti.Tak kiralah roti kosong,roti benggali,roti puding malah roti sardin.Apalagi terus teringat mok de aku nun jauh di Tebong,Melaka tu yang memang terror benor buat capati.Pulak tu cicah dengan sambal sardin.Alamak,bestnyer...

Kita tinggal sat pasal capati lazat tu.Sebab ni aku nak share pasal roti terbaru keluaran GARDENIA yg dinamakan BUTTERSCOTCH!Gardenia ,u owe me!!!Penat jugak aku merayau cari new product ni sbb dikhabarkan sold out bila pengedar letak jer kat rak2 kedai.Kira sedaplah bagi tekak aku(tak tau tekak korang...so,jgn nak blame aku plak.Masing2 punya taste).

Sedikit info apa itu BUTTERSCOTCH.Ia merupakan sejenis gula2 keras dimana bahan utamanya adalah gula perang dan mentega.Selain itu,terdapat juga bahan2 sampingan didalamnya iaitu sirap jagung,krim,vanilla dan sedikit garam penambah perisa.Selalunya,butterscotch ni digunakan sebagai gula sirap untuk topping pada aiskrim (contoh terdekat ialah sundaes)

Bagi aku,sekali sekala boleh le makan roti ni sebab dah terang lagi bersuluh roti BUTTERSCOTCH ni banyak manisan didalamnya.Kandungan gula dalam darah perlu diseimbangkan beb....Fikir2 kan lah...

Sunday, March 15, 2009


Some people got their own hobbies.But looking into this pict which was taken last saturday 14th March 2009,this lucky man fishing in the muddy 'KL river'.Location nearby PWTC @ 1.00PM.Do you think its worth it?

Saturday, March 14, 2009

IATA


Aku sempat pergi ke MATTA Fair hari ni kat PWTC.Harga pakej pelancongan dalam dan luar negara yg ditawarkan sebenarnya agak murah dan berpatutan untuk 3 hari selama berlangsungnya pameran ini.Aku saja tengok2 dan kumpul flyers.Mungkin berguna untuk in future.Mana tau tiba2 nak jalan2 makan angin kannn....

Wednesday, March 11, 2009

PuTU BAMboo

Zaman budak2 dulu,bila tiba pasar malam kat kg,aku selalu pesan kat abah dan mak minta belikan kuih favourite samada 'putu bamboo' atau 'putu piring'I just don't know why got 'putu' names here!!!Dan berkumpullah kami adik beradik makan kuih tradisi ini.Ahhh...kenangan manis mengusik memori...hahaha.

Tanpa kusangka,di kota raya KL ni,aku boleh jumpa 'putu bamboo' ni lagi tapi dlm keadaan fizikalnya yg lebih kurus sedikit dan masih ditabur kelapa parut.Tapi sedikit kelainan bila ada juga taburan gula perang...tu yg sebenarnya time aku rasa,sangat2 mengujakan dan tak cukup sebungkus!


Lokasi kedai :-Berhampiran dengan pasar harian Kg Baru dan klu nak senang cari ialah korang akan nampak 2,3 kedai jual raja buah berdekatan dengannya.



Monday, March 9, 2009

GENG Upin & Ipin


This is really hot in town ...everybody talk about it..yesterday i managed to watch with my niece,nephew and my sister.We were watching at TGV AEON Bkt Tinggi,Klang (So nice this place,lots of retail outlets,cafes and somemore got Big Apple Donuts and Cafe!!!)

5 * for GENG PENGEMBARAAN BERMULA,a new beginning for Malaysia animation 3D movies.Keep up the good work for team Les Copaque.Bravo!!!

TAYAMUM

TAYAMUM menggantikan wuduk atau mandi junub, khususnya bagi mereka yang tidak boleh menggunakan air kerana beberapa halangan dan sebab tertentu.Caranya sangat ringkas, iaitu menyapu tanah ke muka dan dua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat tertentu.Debu ini ada beberapa keistimewaan, seperti bebas dari bakteria dan boleh digunakan berulang kali.Ia berasal dari tanah bukit yang diproses dengan kaedah terkini menghasilkan debu.

Secara umum, menurut kitab fiqah, tayamum boleh dilakukan apabila mengalami keuzuran kerana sakit dan tidak boleh menggunakan air.Ia juga sebagai pengganti wuduk kerana uzur dalam perjalanan dan tiada air atau keperluan itu hanya cukup untuk minum.

Debu Innolux membantu golongan yang tidak boleh menggunakan air, misalnya orang sakit akibat luka atau patah, anggota badan terpaksa dibalut serta melecur atau pembedahan.Orang menghidap demam panas yang dirasakan tidak boleh menggunakan air, lumpuh atau tidak mampu mendapatkan air, termasuklah disebabkan ada peralatan perubatan pada badan boleh menggunakan debu terbabit.

Tanah ialah benda suci dan bukan saja boleh digunakan untuk tayamum, malah untuk menyucikan segala benda daripada najis seperti anjing dan babi, malah ia boleh menghapuskan virus.




Korang layari laman web ni http://www.innolux.com.my

Alhamdullilah,berpesan2 pada kebenaran.









Saturday, March 7, 2009

NAsI LEmAK

Lepas jogging petang tadi,tiba2 perut 'berkeroncong' pulak.So,on the way back from gym ,aku terus masuk ke kawasan perumahan Pantai Dalam nak beli nasi lemak kat kedai yg terletak bersebelahan dengan kedai menjual 'ayam golek' tu (sekarang seekor ayam golek berharga RM17!!!)


2 bungkus nasi lemak + ayam goreng berempah=RM5

Sedikit info utk korang:-
1)Kajian menunjukkan bahawa lemak yang terkumpul di bahagian perut mempunyai impak negatif yang lebih buruk berbanding anggota tubuh yang lain.

2)So,risiko yang lebih tinggi untuk mendapat banyak penyakit seperti jantung, serangan angin ahmar, diabetes dan kanser.Lain-lain penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah berkaitan tulang seperti artritis dan gout, kesukaran bernafas, hernia dan masalah berkaitan emosi.


3)Breakfast is a MUST!!!Penting untuk tingkatkan kadar metabolisme dan tenaga nak buat kerja.Korang boleh skip lunch dengan hanya makan buah2 an sebagai alas perut dan seeloknya makan sekali lagi disebelah petang sebelum jam 7.

4)Kalau korang makan byk waktu malam,jgn pulak terus tido.Maknanya,at least 2 jam diperlukan sebelum tidur bagi membolehkan kalori dibakar dan dihantar ke tempat-tempat lain di dalam badan...(Pesanan utk Bro S) Dah korang lapar sangat2 waktu malam,senang cerita pilihlah makanan yg lebih sihat dan ringan contohnya roti, sandwic, pau, salad atau ulam-ulaman, bijirin, biskut tanpa krim, makanan berasaskan sup, rebus, kukus atau panggang.


Thursday, March 5, 2009

REsTORan PUteRI


Setelah sekian lama menanti,akhirnya aku dapat gak pi makan2 kat tempat ni...Restoran Puteri namanya...korang pun tau lah kan,restoran ni kerjasama 2 orang wanita popular kat negara kita...sorang penulis lirik(Kak Chah) dan sorang lagi bekas pelakon hebat wanita (Rubiah Suparman)...ahah!!!Aku pun dah lupa nama pilem yg diperan oleh Kak Ruby ni....



Aku diberitahu makanan kat sini sedap2 belaka..ala2 kg la katanya...So,aku bantai la semua lauk.Antaranya Masak Lemak Siput Sedut,Rendang Daging,Ayam Goreng Rempah,Sayur Campur(yg ni jer bagi aku best!!!),Laksa Johor,Hati Ayam Pedas,Ikan Pari Masak Asam Pedas



Pencuci mulut aku bantai Pulut Durian (yg ni tip top!!!),Rojak Buah dan Puding Roti.Overall,aku bagi rate 2 / 5 *...sebab apa???Makanan kat sini tak lah seperti yg aku harapkan selama ni...takde aura!Korang ingat jadi penyanyi je nak ada aura ker...makan pun sama gak la...


Suasana sekitar restoran sangat mendamaikan...dekorasi cantik dan lanskap luar pun boleh dipuji..Terdapat jugak plak 'Jalan2 Cari Makan' dari TV3....tu sbb nak attract customer jerk...Cuma yg tak bestnyer,waiter lambat angkat plate yg dah guna kat meja makan sampai bertimbun2 atas meja!!Akibatnya,aku sampai lupa nak ambik gambo rupa paras makanan kat sini..ahakkss.....!