Anjung Depan
Anjung Tengah
Rumah pusaka peninggalan arwah datuk dan nenek sebelah emak kat Kg Pengkalan Besar,TANGKAK.Malam tadi,anak2 dan cucu2 mengadakan majlis kenduri tahlil untuk arwah dan semua sedara yang telah meninggal dunia.Sememangnya,ia menjadi acara rasmi setiap tahun yang diadakan pada bulan Syaaban.Ramai juga orang kampung yang hadir.Sebenarnya ada 2 kenduri diadakan pada malam tadi,cuma majlis kitorang lepas solat Isyak.Khabarnya,kalau kenduri dari keluarga arwah,memang ramai orang kampung yang akan hadir.Mungkin itu rezeki yang telah ditentukan oleh-Nya.Alhamdullilah.Selepas ini,rumah pusaka ini akan kembali sepi setelah semua anak dan cucu pulang ke rumah masing-masing.Dan,hanya masa yang menentukan bila kami akan dapat berkumpul semula.InsyaAllah.



i support your blog ... challenge..... - Pardon Seri Ceppen
ReplyDelete