Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin Malik r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air." - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.
Sejajar dengan peredaran zaman,gaya hidup masyarakat juga sudah berbeza.Bazar Ramadhan akan muncul pada setiap petang di bulan mulia ini.Pelbagai juadah dan manisan dijual kepada orang ramai.Pilihan di depan mata,tepuk dada tanya selera.Jika silap perhitungan,penuh satu meja makan dengan kuih-muih dan lauk pauk yang dibeli di bazar RamadhanJanganlah hendaknya waktu berbuka puasa dijadikan medan melepas geram setelah seharian tidak menjamah makanan dan minuman.Ibadah puasa sepatutnya melatih jiwa seseorang muslim dengan sifat penyabar dan bersederhana direalisasikan ketika berbuka puasa dengan mengambil makanan dengan kadar sederhana dan tidak membazir.
Sesetengah daripada kita wajib berbuka puasa dengan hidangan nasi.Bermakna,rutin mereka sama seperti hari2 di bulan biasa seperti makan tengahari mahupun makan malam.Ada juga berbuka puasa dengan menu sampingan dulu seperti bihun sup,kuetiau,mee goreng,laksa,mee rebus,pengat pisang,bubur lambuk dan sebagainya iaitu hidangan selain daripada nasi.Makanan ruji ini hanya akan dimakan ketika waktu bersahur sahaja.Pada hemat aku,perbezaan budaya dalam cara berbuka puasa ini berlaku kerana asuhan yang diterima ketika kita berpuasa bersama keluarga diusia muda.Tetapi ini tidaklah bermakna ianya menjadi satu kesalahan besar kepada kedua ibu bapa kita.Sebagaimana pantasnya masa berjalan,terpulanglah kepada diri masing2 untuk meneruskan tradisi itu.Malah,di zaman moden ini majlis berbuka puasa di buat secara buffet di hotel2 mahupun restoran.Sudah pastilah belanja yang mahal terpaksa dikeluarkan untuk menikmati hidangan istimewa ditempat2 sebegini.
Sekali lagi,pilihan kepada korang untuk membuat pertimbangan demi mendapatkan keberkatan di bulan yang mulia ini.InsyaAllah.



So puasa hari Sabtu ni berkat tak, rasanya?
ReplyDeleteInsyaAllah,sebab ini kan perjumpaan kawan2,ambil berkat bulan mulia ni,tali silaturrahim sesama muslim..tentang makanan tu,itu kan bufet,ambil ikut kemampuan masing2..mcm ko mkn sikit kan,so takder masalah lah...ko dah bagi portion kat member yg kuat makan laaa...sedekah ler tuuuu..:)
ReplyDeleteBagus, 10 marks buat ko. ;-)
ReplyDeletePerbanyakkan bersedekah,beramal and etc pada bulan ramadhan al mubarak ini dan hari2 mendatang... Gunakan peluang keemasan yang ada utk menABDIkan diri kepada Allah.. Perkara yg baik disisi Allah tak perlu ditangguh, khuatir tangguh punya tangguh Allah menjemput kita menemuinya kerana usia kita semua milikNya.. Bila2 masa dia boleh ambil... Tak kira usia tua atau muda...
ReplyDelete