Gathering berbuka puasa malam tadi di Restoran Nelayan,Tasik Titiwangsa.Dengan harga RM35 nett,apalagi pulun sakan seafood segar seperti udang,sotong dan ketam.Balik rumah,perut kekenyangan dan tertidur hingga terlajak waktu sahur...ahaksss...:-).Tidak mengapa,sekali sekala bukannya selalu.Jarang-jarang.Ambil berkat dibulan mulia.
Sunday, August 30, 2009
Thursday, August 27, 2009
ApaBiLa BeRBUka PuAsa
Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin Malik r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air." - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.
Sejajar dengan peredaran zaman,gaya hidup masyarakat juga sudah berbeza.Bazar Ramadhan akan muncul pada setiap petang di bulan mulia ini.Pelbagai juadah dan manisan dijual kepada orang ramai.Pilihan di depan mata,tepuk dada tanya selera.Jika silap perhitungan,penuh satu meja makan dengan kuih-muih dan lauk pauk yang dibeli di bazar RamadhanJanganlah hendaknya waktu berbuka puasa dijadikan medan melepas geram setelah seharian tidak menjamah makanan dan minuman.Ibadah puasa sepatutnya melatih jiwa seseorang muslim dengan sifat penyabar dan bersederhana direalisasikan ketika berbuka puasa dengan mengambil makanan dengan kadar sederhana dan tidak membazir.
Sesetengah daripada kita wajib berbuka puasa dengan hidangan nasi.Bermakna,rutin mereka sama seperti hari2 di bulan biasa seperti makan tengahari mahupun makan malam.Ada juga berbuka puasa dengan menu sampingan dulu seperti bihun sup,kuetiau,mee goreng,laksa,mee rebus,pengat pisang,bubur lambuk dan sebagainya iaitu hidangan selain daripada nasi.Makanan ruji ini hanya akan dimakan ketika waktu bersahur sahaja.Pada hemat aku,perbezaan budaya dalam cara berbuka puasa ini berlaku kerana asuhan yang diterima ketika kita berpuasa bersama keluarga diusia muda.Tetapi ini tidaklah bermakna ianya menjadi satu kesalahan besar kepada kedua ibu bapa kita.Sebagaimana pantasnya masa berjalan,terpulanglah kepada diri masing2 untuk meneruskan tradisi itu.Malah,di zaman moden ini majlis berbuka puasa di buat secara buffet di hotel2 mahupun restoran.Sudah pastilah belanja yang mahal terpaksa dikeluarkan untuk menikmati hidangan istimewa ditempat2 sebegini.
Sekali lagi,pilihan kepada korang untuk membuat pertimbangan demi mendapatkan keberkatan di bulan yang mulia ini.InsyaAllah.
Saturday, August 22, 2009
KUeH TaKo
Wednesday, August 19, 2009
Monday, August 17, 2009
Sunday, August 16, 2009
RuMAH PuSaKA
Anjung Depan
Anjung Tengah
Rumah pusaka peninggalan arwah datuk dan nenek sebelah emak kat Kg Pengkalan Besar,TANGKAK.Malam tadi,anak2 dan cucu2 mengadakan majlis kenduri tahlil untuk arwah dan semua sedara yang telah meninggal dunia.Sememangnya,ia menjadi acara rasmi setiap tahun yang diadakan pada bulan Syaaban.Ramai juga orang kampung yang hadir.Sebenarnya ada 2 kenduri diadakan pada malam tadi,cuma majlis kitorang lepas solat Isyak.Khabarnya,kalau kenduri dari keluarga arwah,memang ramai orang kampung yang akan hadir.Mungkin itu rezeki yang telah ditentukan oleh-Nya.Alhamdullilah.Selepas ini,rumah pusaka ini akan kembali sepi setelah semua anak dan cucu pulang ke rumah masing-masing.Dan,hanya masa yang menentukan bila kami akan dapat berkumpul semula.InsyaAllah.
Saturday, August 15, 2009
BaTiK MaLaYSiA-CITA WANA
Thursday, August 13, 2009
PiKaT BuRUnG
Untuk semua kaki pikat burung area Johor yg tengah pening kepala nak cari sangkar burung,korang boleh pi ke FELDA LOK HENG TIMUR,KT untuk booking.Gerenti puas hati!
Wednesday, August 12, 2009
SEdAP
Balik kampung ,aku pekena mee rebus Johor dengan air sirap limau kat Restoran Pak Ali (terletak di simpang tiga Muzium KT)
Tuesday, August 4, 2009
Sunday, August 2, 2009
LePAk MaLAm MiNGGu
Lepas Cinta,Sepi kini Setem pulak.Dengan tagline filem "Jilat,Lekat,Pos",Kabir memberikan satu sisi baru filem komedi.Best giler filem ni.Lawak2 si Sathiya,uncle India drama Pi Mai Pi MAi Tang Tu.Tiada sangsi,aku bagi 4* untuk SETEM!
p/s:Dulu Kekasihku Seru,sekarang follow pulak drama Nur Kasih
Subscribe to:
Comments (Atom)




