Saturday, June 27, 2009

SiTi NuRHALiZA di IB

Malam tadi,aku berpeluang menonton persembahan Konsert Eksklusif 'SATU' oleh Siti kat IB.Aku dah beberapa kali tengok show Siti tapi kali ni adalah paling grand yang pernah aku dapat.Nak tahu,semuanya kerana MAXIS.Terima kasih kepada MAXIS kerana meraikan pelanggan setianya.Aku dapat tiket no U40 yang bernilai RM250!Kiranya,dapatlah tengok show dengan selesa dan tenang.



Kat lobi,pihak SNP adalah buat pameran beberapa busana yang pernah dipakai oleh Siti dlm majlis2 besar yang pernah dihadirinya.

Ada juga jualan cenderamata (macam konsert Celine Dion kat Stadium Negara tahun lepas) seperti baju T,topi,mug,buku nota,CD & VCD artis SNP,pelekat kereta.Agak mahal daripada biasa,kemungkinan besar extra caj tu untuk tujuan amal.

Ini sahaja momen yang sempat aku 'tangkap'.Tak kisahlah,yang penting aku sangat berpuas hati dengan show Siti.Macam biasa,vokal dan showmanship berada dikelas tersendiri.Sebelum itu,ada artis undangan sebelum show Siti.Aizat diberi penghormatan untuk menghiburkan penonton.Boleh tahan jugak budak ni.Memang berbakat besar.Aizat siap tunjukkan gambar masa dia umur 9 tahun beraya kat rumah Siti di Kuala Lipis.Selepas itu,barulah Siti mengambil acara malam tu.Siti memulakan persembahan dengan lagu Jawapan Dipersimpangan dan menutup tirai konsert dengan lagu Di Taman Teman (lebih 30 buah lagu samada secara medley atau penuh).Beberapa aksi menarik seperti tangga besi bertingkat (mcm konsert Madonna),ombak merah 3 tingkat,tangga bukit ke bulan dan juga cermin besar (mcm klip video Janet Jackson).Malam semalam dikhaskan untuk pelanggan setia MAXIS,para penaja,media dan juga peminat2 Siti.Difahamkan,tiket untuk konsert ni juga sold-out dan ini membuktikan status Siti sebagai isteri dan juga cabaran2 yang datang,tidak menjadi halangan untuk peminat beliau terus memberikan sokongan padu untuk karier seninya.Tahniah Siti!

No comments:

Post a Comment