IMEI yang membawa maksud International Mobile Equipment Identity merupakan kod siri 15 digit boleh didapati pada semua telefon bimbit.Sebelum ni,aku hanya tahu apabila ada kod IMEI bermakna telefon bimbit yang digunakan adalah original.Rupanya,artikel yang aku baca hari ini memberitahu,ada kebaikan disebalik kod IMEI ini.

1)Pihak berkuasa dapat menjejaki mesej pesanan ringkas (SMS) apabila berlakunya jenayah.
2)Satu contoh situasi.Apabila anda tersesat dihutan mahupun diculik dan pada masa yang sama bateri telefon sudah habis,pihak berkuasa akan mudah menjejaki dengan bantuan frekuensi IMEI dipancar melalui bateri kecemasan
3)Dalam kes kecurian,telefon bimbit akan dapat dikesan walaupun sudah bertukar kad SIM pemilik.
4)Ketiadaan IMEI,pengguna boleh mensabotaj kerana panggilan telefon yang dibuat tidak dapat dikesan oleh operator telekomunikasi.
Kod IMEI boleh didapati dengan menekan butang <*#06#>



No comments:
Post a Comment