Kalau bab makan,kat tempat kerja aku,hari Jumaat memang hari yang ditunggu2.Sebab apa?Sebab kat kafe API,menu utama yang menjadi rebutan ialah kari kambing!!!Mulanya aku ingat daging kambing ni hanyir dan meloyakan tekak tapi bila dah di intro oleh geng satu opis,aku rasa daging kambing ni berbeza dengan daging lembu.Tekstur lembut dan sedap pulak.Tapi tengok juga daging ni dimasak apa kan..Aku nak tanya,ada ke daging kambing dimasak lemak atau asam pedas?sedap ker?Walau apa pun yang penting,daging kambing banyak khasiatnya.Disisi agama Islam,dikhabarkan bahawa daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun TETAPI makanlah daging secara sederhana.
Kari kambing API-makan dengan nasi putih atau cicah dengan roti ...fuhh!terangkat beb...
- Ramai yang beranggapan amalan memakan daging kambing membawa kepada kolestrol tinggi.Sebenarnya tidak kerana daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi.So,ia terkecuali dari membentuk sebarang ikatan kolestrol.
- Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah kalau ada Omega 3 dalam darah tapi malangnya Omega 3 tak mampu mengurai kolestrol yang terbentuk.Kolestrol dalam badan ini hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
- Kolestrol yang berlebihan menjadi punca kepada penyakit darah tinggi.Tidak digalakkam pesakit darah tinggi mengambil daging kambing kerana kesannya akan mengalami simpton seperti pening akibat peningkatan isipadu darah.Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami tekanan darah tinggi dinasihatkan untuk makan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
- Kolestrol yang gagal dikawal membawa kepada masalah obesiti.Daging kambing sebenarnya berfungsi sebagai alat pembakaran lemak didalam badan.Pesakit akan mengalami simpton pening kepala,panas badan,berpeluh dan telinga berdengung.
- Dalam daging kambing ada vitamin C neutral yang tidak teroksida.Ia amat penting untuk ketahanan sel kulit,menyeimbangkan bebanan fungsi hempedu dan juga mencantikkan kulit.
- Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan menjadi lembut dan lancar pergerakkannya.Jantung yang lancar akan mudah tersentuh dan terpesona dan mewujudkan perasaan kecintaan.Hasilnya orang akan merasa tenang dan gembira.
- Kambing juga mempunyai mineral ringan untuk pembaikan sel hati,merangsang hormon hati,hempedu,pankreas selain ovari dan testis (wow!!!kambing kuat seks ke?).
- Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat.
- Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.Ketiak sapa paling busuk,sila angkat tangan,hahahah!!!!!
Kredit to Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin dari Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT di atas info berguna mengenai daging kambing.



makan kari kambing kena jodohkan dengan menu 'lemang cicah dengan kaya kelapa' ....
ReplyDeletevery nice...