Tempat yang dituju...
Antara lauk kenduri untuk keesokkan hari.Kiranya tak boleh lawan untuk majlis kenduri kahwin kat negeri sebelah selatan..Sori,i'm a bit of countryness,hahaha
Dikhabarkan,ayam goreng ni dah outdated,maknanya dah basi la!!!Sebab makcik aku kata,diorg peram rempah terlalu lama.Itupun diorg bagitau lepas aku dah sental 3 ketul!!Nasib baik on the way balik KL,perut aku tak meragam.Aku mana tau daaa....bantai jer laa...
Beberapa kisah pahit manis:
- Rumah rehat tidak mencukupi.Tiadanya pelan kecemasan(contingency plan)dari pihak sebelah pengantin perempuan.Macam sardin gamaknya dalam sebuah rumah dengan lebih 50 orang didalamnya.Nasiblah dalam 25 orang termasuk aku mengambil keputusan untuk tidur kat surau berdekatan.Sakit2 badan jugak kena gigit nyamuk kat surau kg ni.Yang bestnya,ada sorang pakcik ni siap bawak ubat nyamuk lagi.Macam tau2 saja perkara sebegini nak berlaku...hehehe
- Dalam pukul 4 pagi,dapat call pulak mengatakan mak pengantin lelaki (yang tidur dlm rumah rehat) kena gigit lipan.Nasib baik besan sudi jugak nak hantar ke klinik berhampiran.Agaknya lipan tu terkejut biasanya rumah tu takde orang tiba2 malam tu,ramai pulak yang stay overnite.Apalagi lipan tu ingat dia merayap atas papan tapi rupanya lengan orang.Dah tentu lah digigit bila manusia beri respons kan...
- Sarapan pagi tidak disediakan untuk rombongan kitorg itu tak mengapa.Ada juga warung untuk pekena nasi lemak dan teh tarik.Tapi bayangkan sampai pukul 2.00 ptg untuk menunggu makan lauk kenduri,tiada langsung dihantar makanan walaupun hanya satu jag air teh sekalipun!!!Maka,minumlah air sirap sejuk mlm tadi yang disediakan tuan rumah.Amat mendukacitakan.Bukanlah meminta dilayan seperti raja mahupun VIP,tetapi tolonglah fikir2 kan juga pada 50 orang yang datang untuk meraikan pengantin.Bagi mee bodoh pun jadi lah...
Dan itu sebenarnya sebahagian darinya.Sebab aku tak bercerita lagi kisah pada hari majlis makan kenduri dan persandingan pengantin.Apabila mak pengantin lelaki tidak dijemput makan bersama pengantin di makan beradab,dimarah pula pihak pengantin lelaki kerana lambat tiba untuk majlis berarak (biasaannya ada wakil dari tuan rumah untuk menjemput rombongan)Sebenarnya aku andaikan tiadanya pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan majlis ini (urusetia) yang memberikan kesudahan majlis menjadi sedikit kelam kabut dan lintang pukang.Apalagi marahlah makcik2 aku ni bila tidak pernah terjadi dalam sejarah rombongan menghantar pengantin.
Rupa2nya diberitahu oleh kawan aku,majlis perkahwinan untuk masyarakat negeri2 utara ni memang sebegini.Berbeza dengan negeri sebelah selatan.Dan ini memberikan kesudahan yang negatif pada rombongan kami.Puksu aku memberitahu,dia serik nak hantar pengantin ke negeri2 sebelah sini.Dan sekali lagi,perbezaan budaya menjadi taruhan.



Sepupu ko kahwin dengan org banjar kot..tengok dia punya rendang gua dah tau ....klu loghat Perak panggil Banjo....
ReplyDeleteKlu Betul2 org Melayu Perak paling banyak kat Parit, Manong, Kuala Kangsar,
klu Banjo tu majoriti belah Bagan Serai, Bagan Datoh,Teluk Intan,Parit Buntar......
mmg beza org banjo/banjar dengan origin Perak...dari segi makanan, cakapan, adat resam.....Betul2 origin macam Megat& Puteri, Mior&Wan......klu makanan pula Rendang Tok,Tempoyak (paling top)itu mmg kegemaran org perak........
So tak blh le nak hentam org Utara....
yang penting kita org Malaysia kan.....
Lain tempat lain budaya.....takan nak sama pulak.....yg penting ZOOM Malaysia.....
Malaysia Truly Asia @ Malaysia Mengambarkan Asia......semuanya ada disini............
ooo..ye ker>>>>
ReplyDeleteaku tak ler nak condemn sangat..cuma sedikit terkilan dengan cara org2 kat situ ...
Selebihnya,aku dah rasa suasana berlainan cara kenduri kat sana...
Mungkin org Taiping lain pulak caranya...takper,ada jemputan aku pi dan akan review nanti...
takut nak pi perakkk..lagi sekarang tengah haru biru!!!
ReplyDelete