Sunday, May 31, 2009

JuMP StaRT


Apabila enjin kereta tak dapat dihidupkan seperti biasa,berkemungkinan besar ada masalah pada bateri atau/dan motor starter kereta.Kalau kereta manual,senang lah sikit ceritanya.Tolak kereta ke depan dan lepaskan pedal kereta.Bila enjin kereta dah berfungsi,pijak pedal minyak untuk meningkatkan putaran minyak.

Untuk kereta transisi automatik,kenalah guna jumper.Terminal +ve dan +ve dan sebaliknya.Jump start ni maknanya hidupkan enjin dengan pertolongan bateri kenderaan lain.Bila dah pasang jumper tu,hidupkan enjin kenderaan yang lagi satu.Lepas 5-15 minit,tanggalkan jumper dan hidupkan enjin kereta yang rosak tu.Sebelum tu kaedah ini hanya boleh dilakukan apabila kedua2 bateri mempunyai kuasa yang sama (cc kereta).Contohnya korang guna proton wira 1.5,lepas tu mintak tolong kancil 850...sampai kiamat pun tak akan hidup enjin kereta wira!

Lepas enjin dah boleh start,tak semestinya terus kena tukar bateri kereta tu.Boleh guna dalam sehari dua gak apalagi dlm kes2 tengah poket kering.Tapi lepas tu kena tukar lah bateri baru,takkan lah nak tolak kereta dan jump start je kereta tiap hari!!!

Thursday, May 28, 2009

SiLeNT MiLLiONAirE


Sebuah buku motivasi 'Menjejaki Jutawan Senyap'.Aku sendiri pun tak kenal siapa jutawan senyap.Tapi buku ini menerangkan secara mendalam apa yang dimaksudkan Jutawan Senyap.Bila dah habis baca buku ni,sememangnya memberi inspirasi apakah langkah2 yang sepatutnya kita akan buat dalam mengharungi liku2 kehidupan akan datang.Mungkin diperingkat permulaan,selepas habis membaca buku ini,kita lupa seketika untuk membuat tindakan tetapi percayalah,lama kelamaan atas faktor desakan akhirnya kita akan bertindak!

Antara mutiara penting dan menarik dalam buku ini:
  • Biarlah kita jalankan perniagaan KECIL asalkan kejayaannya BESAR
  • Beza antara orang yang berjaya dan sebaliknya ialah mereka 'melihat dan nampak' sedangkan kita 'melihat juga tapi tidak nampak apa2'
  • Walaupun seseorang itu mempunyai impian,tetapi itu tidak cukup selagi tidak diiringi dengan tekad,keberanian dan semangat yang jitu.Faktor yang menghalang adalah sikap KERAGUAN.
  • Desakan boleh memberikan kita satu kuasa dan dorongan dengan kekuatan yang luar biasa.Orang yang berjaya ialah mereka yang berada dalam situasi yang terdesak untuk berjaya.
  • Apabila kita membuat perundingan,jangan terlalu cepat membuat keputusan.Berilah sedikit ruang untuk menimbang.

Siapa tahu, peniaga ini berada dalam golongan Jutawan Senyap

Terima kasih banyak kepada Shahrul kerana meminjamkan buku ni.Paling tidak,sebagai permulaan,membuka sedikit ruang untuk aku berfikir dan bertindak.

Thursday, May 21, 2009

i BUSY La!!!!!!!!!!

Agak busy sejak akhir2 ni.Bkn sebab kerja tapi tak tau nak buat apa.So,alasan 'busy' bila ditanya...hehehe.Sememangnya begitu yang terjadi kepada sebahagian daripada kita kan.Sebagai contoh,ada kawan nak jumpa,tapi kita tak mau jumpa.Kalau sebab yang kukuh,itu tidak mengapa.Masalahnya,remeh sahaja.So,alasan 'busy/sibuk' jadi sasaran!Sibuknya orang itu.Sampai tak cukup masa 24 jam yang diperuntukkan sehari.Sebenarnya tak sibuk langsung.Saja mencari 1000 alasan.Dalam hal ni,kejujuran sepatutnya diletakkan ditahap yang tinggi.Bukan kah itu dipandang mulia?

Thursday, May 14, 2009

AWAS LeLaKI--->JauHI WaNiTA SEBEgiNI!!!

"Tapi ada masanya-Engkau api panas membakar-Ada ketikanya-Kau penawar bisa-Kaum wanita ciptaan istemewa-Suka duka berganti-Rahsia tersembunyi di hati-Tabahnya hatimu-Beriman berilmu-Wanita sumber ilham selalu"
Itulah antara bait2 lirik lagu WANITA dendangan Sheila Majid.Aku gambarkan keseluruhan makna lirik lagu ni sangat puitis dan mendalam dalam menceritakan siapa wanita,ciri2 wanita bahkan kekuatan wanita.Kalau diikutkan,hanya 2 baris lirik sahaja memberitahu kepada kita akan kelemahan wanita dalam lirik tersebut.Tak mengaku kalah.Ah,tak kisahlah.Namun,jika sudah dinamakan manusia,tiada kesempurnaan.Aku nak share dalam artikel yang aku baca baru2 ni,ada 10 kategori wanita yang harus lelaki jauhi!
  1. Wanita Dreamer-Wanita yang kuat berangan.Suka hidup dalam fantasi.Mahu dilayan bak sang puteri.Jika tidak,memberontaklah si dia.
  2. Wanita Perasan Bagus-Mahu menang saja,sukar terima pendapat orang lain.Mahu bertindak dominan dalam semua perkara.
  3. Wanita Tamak Haloba-Bijak bermain kata2 tanpa dapat dikesan.Apabila lelaki dah terperangkap,sukar nak lari!Wanita ini jenis yang mahu membolot segala2nya daripada anda.
  4. Wanita QC-Semua langkah dikawal,diteliti,diselidiki.Lelaki sukar membuat keputusan sendiri.Hanya bertindak sebagai pak turut.
  5. Wanita Desperado-Wanita ini kuat seks,yang mahu cepat kahwin walaupun lelaki yang baru dikenali.Ataupun dalam kategori wanita yang mahu cepat dapat zuriat.Lepas kawin,baru tau,tiada persefahaman.
  6. Wanita Keliru-Mula2 wanita ini OK saja.Lama kelamaan,perangai berubah.Sidia mula mengongkong hidup anda,tahap cemburu yang tinggi,sentiasa sangsi kepada teman lelaki.Sidia mahu menakluki anda selamanya.
  7. Wanita Feminis-Terlalu pentingkan diri sendiri dan bersikap feminisme.Orang disekelilingnya selalu salah dan menganggap dirinya saja yang betul.
  8. Wanita Spedo-Wanita pisau cukur,materialistik & kaki kikis.High maintenance dan yang penting ,mereka ini tidak ikhlas dalam satu perhubungan.Hanya wang menjadi keutamaan diri.
  9. Wanita Penggoda-Senang dikesan.Sasarannya sudah tentu yang 'berduit' dan sanggup buat apa saja termasuklah tarikan seksual.
  10. Wanita Menyendiri-Dalam dunia tersendiri.Faktor sejarah silam,dendam,terluka mungkin penyebabnya.Kesukaran untuk mengubah kerana si dia sudah fobia,trauma dan paranoid tentang peristiwa yang masih tersemat dihati.Tiada siapa yang tahu.

Wednesday, May 13, 2009

JAmBU Air


Ahad lepas,masa balik dari jemputan kahwin dua pupu sebelah abah kat Felda Penggeli Timur,aku sempat singgah dan beli buah jambu air.Lama rasanya tak lihat gerai jual buah ni kat mana2.Tapi mahal beb,sekilo dalam RM8.Dalam cuaca yang panas terik,buah ni sememangnya sesuai dijadikan 'pembasah tekak'.

Saturday, May 9, 2009

KanTOi

Sedang lena diulit intan lepas minggu yang meletihkan,tepat jam 2.18 pagi tadi,aku terima call dari kawan lama 'F'.Biasanya,pada waktu2 macam ni,mesti nak ajak lepak kat uptown atau minum2 tapi tak mungkin sebab dia ni stay kat pinggir KL.Jauh sangat tu.Takde nyer rajin nak datang ke KL semata2 nak ajak minum.Dalam nada suara yang tersekat2(bkn menangis!!!),dia kata nak suruh aku jamin mulut.What?Yang aku tau comolot jer...Apa ke bender tu jamin mulut?F bagi lah tau yang dia kena ambush dengan JAKIM sebab berkhalwat dengan aweks dia kat Shah Alam.F dah call member2 dia area situ malangnya tak der diwaktu genting tu.So,aku yang kat KL lah jadi last choice.Aku bagitau kat dia nanti aku confirm balik,ngantuk,penat you...Sudahnya aku tertidur sampai ke pagi.Aku dapat 3 missed call dan satu mesej kat hp berbunyi "Aku nak bagitau ko tak yah dtg.Aku dah mintak tolong member aku yang dekat sikit area sini ".Justeru itu (alamak,skema nya wording nih),korang jangan tanya aku samada dia ni cuma berdua2 sahaja atau pun dah 'projek' dgn aweks masa kena tangkap tu sebab kawan aku kata dia akan story later...huhuhu

Thursday, May 7, 2009

KaMBInG OH! KaMBInG

Kalau bab makan,kat tempat kerja aku,hari Jumaat memang hari yang ditunggu2.Sebab apa?Sebab kat kafe API,menu utama yang menjadi rebutan ialah kari kambing!!!Mulanya aku ingat daging kambing ni hanyir dan meloyakan tekak tapi bila dah di intro oleh geng satu opis,aku rasa daging kambing ni berbeza dengan daging lembu.Tekstur lembut dan sedap pulak.Tapi tengok juga daging ni dimasak apa kan..Aku nak tanya,ada ke daging kambing dimasak lemak atau asam pedas?sedap ker?Walau apa pun yang penting,daging kambing banyak khasiatnya.Disisi agama Islam,dikhabarkan bahawa daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun TETAPI makanlah daging secara sederhana.




Kari kambing API-makan dengan nasi putih atau cicah dengan roti ...fuhh!terangkat beb...



  1. Ramai yang beranggapan amalan memakan daging kambing membawa kepada kolestrol tinggi.Sebenarnya tidak kerana daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi.So,ia terkecuali dari membentuk sebarang ikatan kolestrol.

  2. Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah kalau ada Omega 3 dalam darah tapi malangnya Omega 3 tak mampu mengurai kolestrol yang terbentuk.Kolestrol dalam badan ini hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.

  3. Kolestrol yang berlebihan menjadi punca kepada penyakit darah tinggi.Tidak digalakkam pesakit darah tinggi mengambil daging kambing kerana kesannya akan mengalami simpton seperti pening akibat peningkatan isipadu darah.Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami tekanan darah tinggi dinasihatkan untuk makan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

  4. Kolestrol yang gagal dikawal membawa kepada masalah obesiti.Daging kambing sebenarnya berfungsi sebagai alat pembakaran lemak didalam badan.Pesakit akan mengalami simpton pening kepala,panas badan,berpeluh dan telinga berdengung.

  5. Dalam daging kambing ada vitamin C neutral yang tidak teroksida.Ia amat penting untuk ketahanan sel kulit,menyeimbangkan bebanan fungsi hempedu dan juga mencantikkan kulit.

  6. Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan menjadi lembut dan lancar pergerakkannya.Jantung yang lancar akan mudah tersentuh dan terpesona dan mewujudkan perasaan kecintaan.Hasilnya orang akan merasa tenang dan gembira.

  7. Kambing juga mempunyai mineral ringan untuk pembaikan sel hati,merangsang hormon hati,hempedu,pankreas selain ovari dan testis (wow!!!kambing kuat seks ke?).

  8. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat.

  9. Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.Ketiak sapa paling busuk,sila angkat tangan,hahahah!!!!!


Kredit to Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin dari Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT di atas info berguna mengenai daging kambing.





Sunday, May 3, 2009

ApAbiLA buDaya SeTempat BerBEZa

Cuti Hari Pekerja baru2 ni aku berkesempatan mengikut rombongan pengantin sepupu sebelah mak nak ke Bota,Perak.Kitorg konvoi dari KL selepas sembahyang jumaat,lebih kurang pukul 3.00 petang.Dengan sebuah bas yang ditaja beserta 5 buah kereta,melalui tol Jln Duta,kitorg singgah kat RnR Tapah untuk berehat,sembahyang Asar dan aktiviti bebas selama 40 minit.Lepas tu,aku tengok 4 buah kereta tak juga berjalan sedangkan bas rombongan cik kiah ni dah pun ready to go.Aku pun teruslah ikut saja mengekori bas.Selepas RnR Tapah,sepatutnya aku keluar untuk exit seterusnya (tak silap persimpangan Tapah).Padanlah aku tak nampak pun bas kat depan !!!Barulah kitorg tau dah tersesat dan serentak juga aku pun dapat call dari pakcik,aku kena cari exit yang terdekat seterusnya.Kalau tak dah jauh tersasar nak ke Bota.Almaklumlah,kitorg 1st time hantar pengantin kat area negeri ni.So,kecohlah dalam bas sebuah kereta dah terlajak jalan.Bertalu2 lah aku terima call supaya keluar untuk exit yang terdekat dan cari arah nak ke Bota.Kitorg pun exit kat persimpangan Gopeng,masa bayar tol,aku tanya kat tol gate girl nak ke Bota.Dia kata "kat depan ada trafik light,abg belok kanan ikut signboard ke Batu Gajah.Abg terus ikut arah ke Lumut".Adik aku pun call kawan dia masa belajar dulu dalam masa yg sama aku drive jer ikut kata tol gate girl.Aku pun call jugak member ICR,si Ajit,ikut arah ke Lumut katanya.OK,so kompem lah arah ni.Tapi adik pulak kata 'Along,ikut jalan Batu Gajah,kawan aku kata lagi dekat'...Ah,sudah..kitorg ambiklah jalan terus Batu Gajah walhal on the way tadi,dah nampak simpang ke kiri nak ke Lumut.Perjalanan melalui Batu Gajah sangat menyenangkan tapi terhenti seketika bila tiada signboard langsung tertulis ke Bota!!!Last2,aku nampak Cina tepi jalan terus tanya nak ke Lumut.Masa tu jam dah pukul 6 lebih dan majlis akad nikah selepas Isyak.On the way ke Bota melalui jalan ke Lumut ni,aku dah berhenti 3 kali tanya org2 tempatan nama tempat yg kitorg nak tuju ni.Dan akhirnya,kitorg sampai selang beberapa minit azan maghrib dan untuk pengetahuan,rombongan bas konvoi pun baru saja sampai kat tempat ni...

Tempat yang dituju...

Lepas sembahyang maghrib,kitorg menuju ke rumah rehat yang disediakan keluarga sebelah pengantin perempuan.Dijanjikan 3 buah rumah rehat tetapi 1 saja yang ada.Bayangkan kapasiti dalam 50 orang termasuk budak2 dalam sebuah rumah dengan 3 bilik tidur dan sebuah tandas!!!Nasib baiklah tersedia satu balang air sirap sejuk dan beberapa bekas berisi kuih.Dapat lah juga menghilangkan penat dan dahaga...


Antara lauk kenduri untuk keesokkan hari.Kiranya tak boleh lawan untuk majlis kenduri kahwin kat negeri sebelah selatan..Sori,i'm a bit of countryness,hahaha


Dikhabarkan,ayam goreng ni dah outdated,maknanya dah basi la!!!Sebab makcik aku kata,diorg peram rempah terlalu lama.Itupun diorg bagitau lepas aku dah sental 3 ketul!!Nasib baik on the way balik KL,perut aku tak meragam.Aku mana tau daaa....bantai jer laa...

Beberapa kisah pahit manis:

  1. Rumah rehat tidak mencukupi.Tiadanya pelan kecemasan(contingency plan)dari pihak sebelah pengantin perempuan.Macam sardin gamaknya dalam sebuah rumah dengan lebih 50 orang didalamnya.Nasiblah dalam 25 orang termasuk aku mengambil keputusan untuk tidur kat surau berdekatan.Sakit2 badan jugak kena gigit nyamuk kat surau kg ni.Yang bestnya,ada sorang pakcik ni siap bawak ubat nyamuk lagi.Macam tau2 saja perkara sebegini nak berlaku...hehehe

  2. Dalam pukul 4 pagi,dapat call pulak mengatakan mak pengantin lelaki (yang tidur dlm rumah rehat) kena gigit lipan.Nasib baik besan sudi jugak nak hantar ke klinik berhampiran.Agaknya lipan tu terkejut biasanya rumah tu takde orang tiba2 malam tu,ramai pulak yang stay overnite.Apalagi lipan tu ingat dia merayap atas papan tapi rupanya lengan orang.Dah tentu lah digigit bila manusia beri respons kan...

  3. Sarapan pagi tidak disediakan untuk rombongan kitorg itu tak mengapa.Ada juga warung untuk pekena nasi lemak dan teh tarik.Tapi bayangkan sampai pukul 2.00 ptg untuk menunggu makan lauk kenduri,tiada langsung dihantar makanan walaupun hanya satu jag air teh sekalipun!!!Maka,minumlah air sirap sejuk mlm tadi yang disediakan tuan rumah.Amat mendukacitakan.Bukanlah meminta dilayan seperti raja mahupun VIP,tetapi tolonglah fikir2 kan juga pada 50 orang yang datang untuk meraikan pengantin.Bagi mee bodoh pun jadi lah...

Dan itu sebenarnya sebahagian darinya.Sebab aku tak bercerita lagi kisah pada hari majlis makan kenduri dan persandingan pengantin.Apabila mak pengantin lelaki tidak dijemput makan bersama pengantin di makan beradab,dimarah pula pihak pengantin lelaki kerana lambat tiba untuk majlis berarak (biasaannya ada wakil dari tuan rumah untuk menjemput rombongan)Sebenarnya aku andaikan tiadanya pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan majlis ini (urusetia) yang memberikan kesudahan majlis menjadi sedikit kelam kabut dan lintang pukang.Apalagi marahlah makcik2 aku ni bila tidak pernah terjadi dalam sejarah rombongan menghantar pengantin.

Rupa2nya diberitahu oleh kawan aku,majlis perkahwinan untuk masyarakat negeri2 utara ni memang sebegini.Berbeza dengan negeri sebelah selatan.Dan ini memberikan kesudahan yang negatif pada rombongan kami.Puksu aku memberitahu,dia serik nak hantar pengantin ke negeri2 sebelah sini.Dan sekali lagi,perbezaan budaya menjadi taruhan.