Thursday, October 1, 2009

TRaGedi RaYa

Kita masih bulan raya.So,masih lagi cerita berhari raya...hehehe.Raya kedua,kitorang(mak,abah,3 adik aku dan seorang anak buah) pergi beraya.Pukul 9 pagi,Bermula ke Parit Sulong,Batu Pahat(rumah keluarga jiran ) terus sampai ke Serom,Muar pukul 6 petang (rumah maksu sebelah mak).Buang masa dekat 2 jam lebih gara2 trafik jammed.Yang sebenarnya,abah nak tengok nenek tapi acik cakap nenek kat Tebong pulak.Jam dah pukul 9 malam.Mahu tak mahu,kitorang bertolak segera.Sampai Tebong,pukul 11 malam,dapat call dari adik ipar,adik aku yg pregnant tu masuk wad pulak kat Hospital KT gara2 asma.Kitorang tak sedap hati,ambik keputusan nak balik KT malam tu juga.Bayangkan,kitorang speeding dari Highway Tangkak-Kulai-KT dalam 2 jam sahaja!Kitorang amik anak buah yg 2 orang lagi kat Hospital KT dan terus bawak balik Waha.Abah dan adik ipar ikut adik aku yg sakit tu ke Hospital JB pulak sebab Hospital KT tak cukup peralatan.Dalam pukul 5 pagi,dapat mesej dari adik ipar,adik aku kena masuk ICU.Bayangkan apa yg ada dalam fikiran korang bila somebody masuk ICU?So,raya kali ni,start dari raya kedua sampai raya kelima,ulang alik aku melawat adik aku sampai sembuh.Kalau boleh claim mileage dari KT-JB,pakcik kayo tau..hahaha!!!Alhamdullilah,segalanya kembali tenang dan adik aku dah sembuh sediakala.Mak aku sempat dapatkan nasihat dari Dato' Noh Gadut(bekas mufti Johor sekarang penasihat agama negeri) yg nasihatkan supaya berpuasa 3 hari nazar kesyukuran.Dapat pahala juga.Kita redha apa saja ketentuan-Nya.

No comments:

Post a Comment