Sunday, September 6, 2009

MaSJiD BeSI

Hari ini,sebelum pergi bazar Ramadhan ,aku sempat singgah sembahyang asar kat masjid baru ni.

Bertempat di Presint 3,dahulunya dikenali sebagai Masjid Besi.Masjid ini mula dibina sekitar April 2004 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2009,menjadikan ianya sebagai mercu tanda baru di Putrajaya.Masjid ini dibuka kepada orang ramai pada hari Jumaat,malam Awal Ramadhan 1430H.Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.
Road tour dalam masjid...










Dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara.

No comments:

Post a Comment