Semalam,aku sempat berbuka puasa dengan kawan lama berdekatan dengan pejabat aku.Memang kawan baik jugalah.Boleh lah ngam dengan geng ni.Agak lama juga tak berborak,dlm setahun lebih.Namun baru-baru ini,aku dapat mesej dari kawan aku ni bagitau sedang sibuk pindah barang dari rumah awek dia sebab dah 'break'.Aikkk,punyalah mcm belangkas diorg ni ke sana sini.Yang sebenarnya aku pun tak tau keadaan sebenar,so kitorang jumpa lah berbuka puasa sambil story-mory.Pak Maun nak korek cerita ni,cik Jah.Hehehe.
Diringkaskan cerita,kawan aku ni selama ni hidup berdua bagaikan suami isteri.Projek pun 3x seminggu.Mereka berdua punya kisah lampau yang penuh geometri.Kemuncak perpisahan bila member ni dapat surf emel awek dia dan terlihat banyak lah emel kiriman dan balasan kepada teman baru dia.Sebelum ni pun,awek ni pernah lah kantoi tapi dah berjanji tak buat lagi.Masalahnya,dia buat lagi.Awek ni pun orang kampung je tanah asalnya.Samada culture shock atau memang dah perangai macam tu,itu rahsia.Kesian jugak kat kawan aku ni.Banyak dah dilaburkan sepanjang berkawan dengan tujuan agar awek ni faham bahawa kawan aku ni serius dan sayang.Nampaknya awek ni hanyalah materialistik sahaja.Pergi bercuti,tinggal dihotel 5 bintang,makan mewah,barang make-up,semuanya tanggungan kawan aku ni.Sesen pun duit gaji awek ni tak diusiknya.Tinggal bersama sudah menjadi biasa.Dengar cerita,pakwe baru awek ni seorang stewardess yg masih bujang,usia lewat 30-an.Glam katanya.
Lepas apa yang terjadi,angau seminggu juga kawan aku ni.Nangis tak sudah kerana harapan untuk bersatu sebagai suami isteri secara sah hujung tahun ni musnah sama sekali.Sebab itulah,semua barang perabot,elektrik yang diletakkan dirumah awek tu dirampas kembali.Sedih orang tua di kampung dengan apa yang terjadi.Tak sangka awek ni sanggup berlaku rupa.Demikianlah secebis kisah masyarakat hari ini.Apabila cinta bersemi,dunia milikmu.