Sunday, November 1, 2009

CAwANGAN TerBARU!!!



Sebelah pusat perniagaan wangsa maju (wangsa link),ada sebuah shopping mall baru.Sabtu lepas,sempat juga ronda2 dalam mall ni.Quite interesting.Banyak pilihan dari aksesori,pakaian,barangan harian (Cold Storage-tapi mahal lah store ni) dan paling penting restoran.Akan datang,TGV cinemas dan pusat bowling.Jealous aku....



Dan yang penting,cawangan terbaru telah dibuka.Ironinya,lokasi terletak disebelah BELAKANG wangsa link & wangsa walk mall.Biasalah,HQ lambat bertindak.Tak kisahlah, jangan pandang belakang.Challenge!!!

Tuesday, October 20, 2009

GaDgET IXUS


Dah lama tak singgah & update blog favorite adik faizal ni...dengarnya tiap hari balik keje,budak tu terus buat capaian ke blog seniman asmara ni....thank you so much for your support atas blog yang tak seberapa ni...Bukan sajer pening kepala pikir camner nak bagi boom sales kat cawangan ,tapi jugak hal2 mendatang...Pulak tu,biasalah dlm bulan syawal lepas,balik keje,ada sajer undangan pergi beraya rumah kawan2.Apalagi open house dihujung minggu...soal makan jangan ditolak beb...




Sebelum tu,okay tak kamera ni?

Sunday, October 4, 2009

VaNDaLisME

Susahnya nak guna lift kat flat perumahan rakyat.Tak seperti asal.Salah penghuni dan salah pemaju juga.Tiada pembaikan.Penghuni pun 2 X 5 juga.Gatal tangan.Kesian orang lain yang nak guna.Kalau lah ada emergency,kan ke masalah besar jadinya.

Pintu lif terbuka sebelah sajer...so funny..:)

Nombor dah hilang kat button lift.So,kena kira sendiri...lalalala

Thursday, October 1, 2009

TRaGedi RaYa

Kita masih bulan raya.So,masih lagi cerita berhari raya...hehehe.Raya kedua,kitorang(mak,abah,3 adik aku dan seorang anak buah) pergi beraya.Pukul 9 pagi,Bermula ke Parit Sulong,Batu Pahat(rumah keluarga jiran ) terus sampai ke Serom,Muar pukul 6 petang (rumah maksu sebelah mak).Buang masa dekat 2 jam lebih gara2 trafik jammed.Yang sebenarnya,abah nak tengok nenek tapi acik cakap nenek kat Tebong pulak.Jam dah pukul 9 malam.Mahu tak mahu,kitorang bertolak segera.Sampai Tebong,pukul 11 malam,dapat call dari adik ipar,adik aku yg pregnant tu masuk wad pulak kat Hospital KT gara2 asma.Kitorang tak sedap hati,ambik keputusan nak balik KT malam tu juga.Bayangkan,kitorang speeding dari Highway Tangkak-Kulai-KT dalam 2 jam sahaja!Kitorang amik anak buah yg 2 orang lagi kat Hospital KT dan terus bawak balik Waha.Abah dan adik ipar ikut adik aku yg sakit tu ke Hospital JB pulak sebab Hospital KT tak cukup peralatan.Dalam pukul 5 pagi,dapat mesej dari adik ipar,adik aku kena masuk ICU.Bayangkan apa yg ada dalam fikiran korang bila somebody masuk ICU?So,raya kali ni,start dari raya kedua sampai raya kelima,ulang alik aku melawat adik aku sampai sembuh.Kalau boleh claim mileage dari KT-JB,pakcik kayo tau..hahaha!!!Alhamdullilah,segalanya kembali tenang dan adik aku dah sembuh sediakala.Mak aku sempat dapatkan nasihat dari Dato' Noh Gadut(bekas mufti Johor sekarang penasihat agama negeri) yg nasihatkan supaya berpuasa 3 hari nazar kesyukuran.Dapat pahala juga.Kita redha apa saja ketentuan-Nya.

Monday, September 28, 2009

Ya MarHAbAN


Dlm pukul 10.30 pagi,menjadi satu kelaziman,pada hari raya pertama di perkampungan FELDA,kitorg akan adakan majlis marhaban.Siapa yg tak tahu,marhaban adalah zikir berlagu memuji kebesaran Ilahi.Rombongan marhaban akan buat tour dari rumah ke rumah sehingga habis satu pusingan satu blok. Apabila habis marhaban,tuan rumah akan menjamu rombongan dengan hidangan.Ingat lagi aku masa zaman budak2 dulu,rumah pertama,kedua,ketiga,bagai nak rak makan ketupat & rendang,bila sampai giliran rumah2 selepas tu,minum jer lah,tak larat perut...hahaha.Kalau satu blok semua ambik tour ni,adalah dalam 22-24 biji rumah nak singgah!!




Antara momen pada tour marhaban

Di PAGi RaYa

Amacam cuti raya korang?Semoga semuanya bergembira sakan.Mana yang tak cukup puasa Ramadhan,paham2 lah yer,cepat-cepat ganti balik.Yang cukup sebulan,Alhamdullilah,kita sambung dengan puasa 6 bulan raya ni.InsyaAllah,dapat pahala berpuasa selama setahun.Lepas balik bercuti raya,kita sorot kembali aktiviti di pagi raya selepas sembahyang sunat Aidil Fitri.




Tahlil ringkas sebelum upacara bermaaf2an...


Masa ni lah kelam kabut baru nak ketip kuku anak..


Sesuatu yg sewajibnya diteruskan dari generasi sampai bila2...InsyaAllah



Saturday, September 19, 2009

HaRi RaYa

]
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SEMUA PENGGEMAR LAMAN SENIMAN ASMARA.KEPADA YANG PULANG KE KAMPUNG HALAMAN,BERHATI2 DIJALAN RAYA DAN AMALKAN PEMANDUAN BERHEMAT.SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI YG DITUJU.KALAU BUAT RUMAH TERBUKA SEKITAR KL/SEL ,JANGAN LUPA JEMPUT SEKALI...hehehe